LONDON: Pesalah berbahaya yang melakukan pembunuhan paling kejam akan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang dibebaskan di bawah rancangan baharu yang diumumkan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang supaya hakim dikehendaki menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pembunuh yang paling kejam, kecuali dalam keadaan yang sangat terhad.
Penjara seumur hidup adalah hukuman paling berat yang terdapat dalam sistem keadilan jenayah negara.
Pindaan undang-undang juga untuk pertama kalinya mengenakan hukuman penjara untuk sebarang pembunuhan bermotifkan seksual.
Downing Street berkata, ini mungkin terpakai kepada kes pembunuhan Zara Aleena dan Sabina Nessa di London baru-baru ini.
Penjenayah bagi kes Aleena dan Nessa masing-masing dijatuhi hukuman penjara 38 tahun dan 36 tahun kerana membunuh graduan undang-undang serta guru berkenaan.
Perdana Menteri berkata: "Saya telah berkongsi rasa ngeri orang ramai terhadap kekejaman jenayah yang kita lihat baru-baru ini.
"Rakyat benar mengharapkan bahawa dalam kes-kes yang paling serius, mereka mengharapkan kejujuran dalam menjatuhkan hukuman."
Setiausaha Kehakiman, Alex Chalk berkata: "Hukuman seumur hidup kini akan menjadi jangkaan bagi pembunuh di mana pembunuhan itu melibatkan kelakuan seksual atau sadis."
Bagaimanapun, Parti Buruh yang memperjuangkan isu jenayah menuduh kerajaan Konservatif gagal.
Setiausaha Kehakiman bayangan parti itu, Steve Reed berkata: "Tiada siapa yang akan mengambil pengajaran dari pemerintahan Tory yang lembut terhadap jenayah.
"Di bawah pengawasan mereka, sembilan dari 10 jenayah tidak dapat diselesaikan dan puluhan ribu penjenayah berbahaya termasuk lelaki bersenjata, penculik kanak-kanak, dan pesalah seks telah mengelak hukuman penjara."
Seramai 70 penjenayah sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, empat daripadanya ditahan di hospital yang selamat.
Mereka tidak akan pernah dipertimbangkan untuk dibebaskan melainkan terdapat alasan belas kasihan yang luar biasa untuk menjaminnya. - BERNAMA-dpa
Bernama
Sun Aug 27 2023
Pesalah berbahaya yang melakukan pembunuhan paling kejam akan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang dibebaskan di bawah rancangan baharu yang diumumkan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak. - Gambar fail REUTERS
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
Mangsa menurun 481 orang di enam negeri pagi ini
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat pensyarah didakwa hina Nabi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen, baru-baru ini.
Kritik kerajaan: PKR putuskan nasib Hassan Karim Hari Ini
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim terbuka menerima sebarang tindakan termasuk risiko keahlian digantung dari Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka diputuskan, pada Ahad.
Kes simbah asid: Kertas Siasatan kes Faisal Halim sudah dirujuk ke Peguam Negara
Kertas siasatan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC).
Penunggang motosikal terbunuh dilanggar lori berundur secara tiba-tiba
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Trump rancang pecat peguam penyiasat berkaitan rusuhan di Capitol, dokumen sulit
Trump turut bercadang memecat peguam kerajaan berpengalaman yang biasanya dilindungi daripada tindak balas politik.
Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke program Orkestra Tradisional Malaysia
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia 2024 anjuran Istana Budaya.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".