LONDON:Britain akan mengharamkan penjualan kereta menggunakan bahan bakar petrol dan diesel pada tahun 2030.
Kenyataan Perdana Menteri, Boris Johnson itu dikeluarkan sedekad lebih awal berbanding komitmen dinyatakan sebelum ini.
Johnson membuat janji itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk revolusi industri hijau yang dijangka mampu mencipta 250,000 peluang pekerjaan dalam sektor tenaga, pengangkutan dan teknologi.
"Saya rasa mereka boleh berbangga dengan komitmen kita (Britain) mengetuai dunia untuk menangani ancaman perubahan iklim dan pelaburan yang kita lakukan sekarang.
"Ia sama ada melalui Bantuan Pembangun Rasmi (ODA) atau cara lain dalam tangani masalah perubahan iklim itu," katanya pada Selasa.
Kerajaannya berkata penjualan kereta dan van menggunakan petrol dan diesel akan berakhir pada tahun 2030.
Manakala kenderaan hibrid boleh dijual sehingga tahun 2035.
Sementara itu, pengeluar kenderaan juga pada masa sama menyuarakan keprihatinan mengenai sasaran tersebut yang disifatkan terlalu bercita-cita tinggi.
Rancangan hijau kerajaan juga merangkumi pelaburan dalam tenaga hidrogen dan teknologi penangkapan karbon.
Ini termasuk untuk menjana tenaga angin yang mencukupi bagi memberi kuasa kepada setiap rumah di UK menjelang 2030.
Selain itu, pelan ini juga merangkumi generasi baharu loji tenaga nuklear.
Kepentingan alam sekitar adalah sebahagian daripada usaha Johnson untuk bergerak keluar daripada isu COVOD-19 dan Brexit.
Ini juga merupakan pelannya untuk membawa pekerjaan baharu kepada bekas kawasan perindustrian di tengah dan utara England.
Johnson juga membuat komitmen bersama untuk memerangi perubahan iklim dan pemanasan global.
UK dijangka menjadi tuan rumah Persidangan Iklim Global (COP26) tahun depan, selepas penangguhan selama 12 bulan kerana COVID-19.
Britain juga berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon menjadi sifar menjelang 2050.
Astro Awani
Thu Nov 19 2020
Johnson juga membuat komitmen bersama untuk memerangi perubahan iklim dan pemanasan global. -Gambar fail
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Sektor tenaga hijau mampu tarik pelaburan langsung asing ke Malaysia
"Kerajaan harus menyedari bahawa permintaan dunia kini bergerak ke arah penyelesaian yang lebih mesra alam."
Malaysia, Turkiye teliti potensi kerjasama dalam bidang tenaga hijau - Chang
Malaysia dan Turkiye sedang meneliti potensi kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan alternatif selaras komitmen Malaysia ke arah penggunaan tenaga lebih lestari dan mesra alam.
Rakyat Malaysia bakal terima manfaat daripada peralihan tenaga hijau - Juwai IQI
Peralihan kepada tenaga hijau meningkatkan permintaan terhadap mineral kritikal dan rakyat Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripadanya.
Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau
Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel menyatakan komitmen negara itu untuk memperluaskan kerjasama dua hala dengan Malaysia dalam industri teknologi tinggi dan tenaga hijau di Sarawak.
Pengurangan penggunaan bahan api fosil akan burukkan masalah kemiskinan tenaga - CEO Rosneft
Igor Sechin berkata, promosi agresif agenda hijau akan bermakna mengisytiharkan perang tenaga ke atas majoriti penduduk dunia.
SEDC mahu guna bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau Sarawak
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berhasrat untuk menghasilkan bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau bagi menjana loji janakuasa di negeri ini.
Tujuh penyelidik UMS terima geran penyelidikan PACD RM5.75 juta - Hajiji
Hajiji memuji inisiatif pembangunan tenaga hijau dan modal insan Petronas itu yang menyokong keutamaan Sabah dalam sektor berkenaan.
COP28: Rapatkan jurang teknologi, kewangan untuk jamin tiada negara ketinggalan - Agong
Seri Paduka Baginda juga mengulangi tekad negara dalam mengatasi isu pemanasan global dengan memberikan penekanan terhadap pengurusan pelepasan karbon.
Sime Darby Property sasar sifar bersih menjelang 2050
Sime Darby Property Bhd (SDP) menyasarkan untuk mencapai Sifar Bersih menjelang 2050, dengan memfokuskan kepada tiga langkah strategik.
Berita gembira buat rakyat Sarawak dalam Belanjawan 2024 - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Belanjawan Negeri 2024 yang akan dibentangkannya Isnin depan, bakal memberi khabar gembira kepada rakyat di negeri itu.