Polis Thailand telah mengeluarkan satu waran tangkap pada Rabu terhadap seorang lelaki warga Turki susulan kes pengeboman di Bangkok pada 17 Ogos lalu yang telah membunuh lebih 20 orang mangsa.
Jurucakap polis kerajaan Thai, Prawut Thavornsiri berkata waran tersebut dikeluarkan untuk menahan suspek bernama Emrah Davutoglu kerana memiliki 'barangan untuk tujuan perang'.
Ini merupakan waran tangkap kelapan yang dikeluarkan polis Thailand melibatkan kes pengeboman berkenaan.
Pengeboman di kuil yang terletak di simpang Jalan Ratchaprasong di tengah-tengah kota Bangkok itu juga telah mencederakan 120 yang lain.
Awal minggu ini, polis mengeluarkan waran tangkap ke atas Wanna Suansan.
Hasil serbuan ke rumah sewa suspek, polis menemui beberapa bahan membuat bom.
Wanna bagaimanapun berkata dia berada di Turki semasa kejadian terbabit berlaku dan menegaskan tidak terlibat dalam serangan berkenaan.
Pada Selasa, polis menahan seorang lelaki yang disyaki ada kaitan dengan letupan berkenaan di sempadan Kemboja.
Antara suspek yang disenarai dalam siasatan adalah pencabar politik tempatan, kumpulan penjenayah, militan ekstrem, puak pemisah dari Selatan Thai dan pelarian dari minoriti Uighur.
AFP
Wed Sep 02 2015

Bom yang meletup di Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu membunuh lebih 20 orang mangsa dengan kebanyakannya merupakan etnik Cina dari seluruh Asia. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Thailand percaya ada dalang di sebalik siri letupan di Bangkok
Polis percaya ada dalang di sebalik letupan itu, bagaimanapun belum dapat disahkan sama ada serangan itu bermotifkan politik.

Bom Bangkok: Polis Thai yakin dapat kerjasama PDRM berkaitan suspek serangan
Polis Thai yakin akan berpeluang menyoal siasat tiga suspek yang diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan serangan bom di tengah-tengah kota Bangkok, 17 Ogos lepas.

Bom Bangkok: Suspek serah peranti kepada pengebom kuil - Polis
Suspek utama dalam insiden letupan di Bangkok bulan lalu menyerahkan beg berisi bom kepada seorang lelaki memakai baju-T kuning, kata polis Thailand.

Bom Bangkok: Seorang warga Turki dikehendaki kerana miliki 'bahan perang'
Polis Thailand telah mengeluarkan satu waran tangkap pada Rabu terhadap seorang lelaki warga Turki berikutan kes pengeboman di Bangkok pada 17 Ogos lalu membunuh lebih 20 orang mangsa.

Tiga sekeluarga mangsa letupan bom di Bangkok gembira dapat pulang ke M'sia
Tiga sekeluarga mangsa letupan bom di Bangkok, Thailand pada Isnin lepas, melahirkan rasa gembira dapat pulang dengan selamat ke Malaysia walaupun mengalami kecederaan akibat insiden itu.