Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, pada Isnin berkata ia akan menggantung pengeluaran pesawat jenis 737 Max pada Januari, lapor agensi berita Turki Anadolu.
"Keputusan ini didorong oleh beberapa faktor termasuk pelanjutan pensijilan sehingga 2020, ketidakpastian mengenai masa dan syarat-syarat bagi kelulusan meneruskan semula perkhidmatan serta latihan global, dan kepentingan untuk memastikan bahawa kita boleh mengutamakan penghantaran pesawat yang tersimpan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
"Kami akan terus menilai kemajuan kami ke arah meneruskan perkhidmatan dan membuat keputusan mengenai pengeluaran semula serta penghantaran pesawat dengan sewajarnya.”
Syarikat itu berkata petugas yang terjejas akan meneruskan kerja berkaitan pesawat jenis 737 atau ditugaskan ke pasukan lain buat sementara waktu di wilayah Puget Sound, Washington.
Model 737 Boeing itu, yang merupakan pesawat terlarisnya, telah didaratkan di seluruh dunia selepas dua nahas udara yang mengorbankan beratus-ratus orang serta menyebabkan syarikat itu kerugian berbilion-bilion dolar.
Pada 10 Mac, Penerbangan ET-302 Ethiopian Airlines terhempas sejurus berlepas dari sebuah lapangan terbang di Addis Ababa, yang membunuh kesemua 157 orang yang berada di dalamnya.
Model pesawat sama turut terbabit dalam nahas pada Oktober 2018 berhampiran Jakarta, Indonesia. Semua 189 orang yang menaiki Penerbangan JT610 Lion Air terbunuh.
Banyak negara mendaratkan model pesawat itu termasuk Amerika Syarikat, Turki, Rusia dan Iran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019

Model Boeing 737 Max merupakan pesawat terlaris syarikat penerbangan itu. REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Boeing masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan berkaitan 737 Max - FAA
FAA telah menetapkan beberapa tanggungjawab kepada Boeing untuk pensijilan dan memberitahu jawatankuasa itu mereka menuntut lebih ketelusan.

Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.

Boeing akan gantung pengeluaran pesawat jenis 737 Max bulan depan
Model 737 Boeing itu telah didaratkan di seluruh dunia selepas dua nahas udara yang mengorbankan beratus-ratus orang serta menyebabkan syarikat itu kerugian berbilion-bilion dolar.