Buku komik 22 muka surat itu akan dikeluarkan pada 31 Mac dalam bentuk cetakan dan digital.
Penyanyi, pelakon dan usahawan itu sebelum ini telah memenangi 11 Anugerah Grammy dan telah menjual lebih 100 juta rekod sejak mengeluarkan album pertamanya pada 1967.
Awal bulan ini, penyanyi berusia 75 tahun itu kongsi video rakaman dia disuntik vaksin COVID-19 sambil menyanyi lagunya 'Jolene' yang telah diubah dengan perkataan 'vaksin'.
Dia turut menggesa orang ramai untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.
Tahun lalu, Dolly Parton telah memberi sumbangan sebanyak AS$1 juta untuk membantu Vanderbilt University di Nashville, Tennessee dalam penyelidikannya bersama Moderna untuk vaksin COVID-19 mRNA-1273.
"Menulis tentang Dolly merupakan satu pengalaman yang sangat manis.
"Dia merupakan seorang yang sangat kreatif, dermawan dan sifat perikemanusiaan harus dincontohi," kata penulis Michael Frizell dalam satu kenyataan.
Selain Dolly Parton, isteri bekas Presiden Amerika Syarikat Michelle Obama, penyanyi Cher, aktivis untuk hak wanita Gloria Steinem dan birawati Mother Teresa antara ikon yang biografinya pernah diterbitkan dalam bentuk komik.