USAHAWAN dan bintang YouTube warga British, Jamal Edwards meninggal dunia pada usia 31 tahun.

Berita pemergiannya disahkan syarikat SBTV kepada agensi berita BBC pada Ahad.

Tiada butiran mengenai punca kematian disediakan.

Pengasas syarikat muzik dalam talian berkenaan sebelum ini telah membantu dalam melancarkan karier beberapa artis ternama termasuk Dave, Ed Sheeran dan Jessie J.

Artis terkenal AJ Tracey antara yang pertama mengucapkan takziah di atas pemergiannya dengan catatan di akaun Twitter miliknya.


Edwards dikurniakan anguerah MBE untuk sumbangannya dalam dunia muzik pada 2014.


Mendiang turut menjadi duta kepada Prince's Trust, sebuah badan yang membantu golongan belia membuka syarikat mereka sendiri.