Bintang drama "Desperate Housewives" Felicity Huffman dihukum penjara 14 hari serta selain perlu menjalani khidmat komuniti serta denda.
Huffman didapati bersalah atas kesalahan memberi suapan AS$15,000 bagi membolehkan anak perempuannya lulus ujian kelayakan SAT, ujian kelayakan ke universiti elit di Amerika Syarikat.
BACA: Pelakon Desperate Housewives didakwa dalam skandal penipuan kemasukan kolej
BACA: Bintang 'Desperate Housewives' mengaku terlibat skandal kemasukan universiti
BACA: Skandal universiti: Felicity Huffman berdepan hukuman penjara 10 bulan
Hakim Indira Talwani juga mengarahkan Huffman menjalani khidmat komuniti selama 250 jam dan setahun tempoh percubaan selain didenda AS$30,000 (kira-kira RM125,000).
Huffman diarah melapor diri di penjara pada 25 Oktober ini.
Hakim semasa memberi keputusannya berkata memberi rasuah bukan caranya untuk cuba menjadi ibu yang baik. Ini kerana perbuatan itu boleh menjejaskan peluang, khususnya ibu-bapa dan pelajar-pelajar lain, yang perlu bekerja keras untuk kelayakan ke universiti.
Huffman ialah ibu bapa selebriti pertama dijatuhi hukuman penjara kerana menipu untuk peperiksaan.
Seorang lagi aktres ialah Lori Loughin di mana kesnya masih lagi ditangguhkan untuk perbicaraan.
BACA: Skandal universiti: Lori Loughlin 'terpaksa' mengaku tidak bersalah
Astro Awani
Fri Sep 13 2019
Felicity Huffman dihukum penjara 14 hari serta selain perlu menjalani khidmat komuniti serta denda.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
"Sembang pasal anak 'jer' dengan Eva Longoria" - Anzalna jumpa pelakon Desperate Housewives
Untunglah!
Bintang 'Desperate Housewives' Felicity Huffman dihukum penjara 14 hari, denda
Huffman didapati bersalah atas kesalahan memberi suapan AS$15,000 bagi membolehkan anak perempuannya lulus ujian kelayakan SAT.
Skandal universiti: Felicity Huffman berdepan hukuman penjara 10 bulan
Pihak pendakwa raya merancang untuk mendapatkan hukuman 10 bulan penjara terhadap pelakon, Felicity Huffman.
Bintang 'Desperate Housewives' mengaku terlibat skandal kemasukan universiti
Bintang siri drama televisyen "Desperate Housewives" itu berkata akan bertindak demikian kerana rasa malu dan telah mengkhianati anaknya sendiri.
Pelakon Desperate Housewives didakwa dalam skandal penipuan kemasukan kolej
Felicity Huffman antara 40 orang yang didakwa terlibat dalam komplot penipuan terbesar berkaitan kemasukan pelajar ke universiti berprestij.