WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa Kongres mengetatkan langkah-langkah kawalan senjata api ketika keganasan akibat penggunaan senjata api semakin meningkat di negara itu.
Biden pada Ahad berkata sekurang-kurangnya empat orang terbunuh semasa majlis hari jadi seorang remaja di Dadeville Alabama pada malam Sabtu.
Dalam satu lagi kejadian tembakan pada hari yang sama, dua terbunuh di taman awam di Louisville, Kentucky.
"Senjata api merupakan pembunuh utama kanak-kanak di Amerika, dan jumlahnya semakin meningkat ... tidak berkurangan," kata Biden dalam kenyataan pada Ahad, susulan insiden keganasan senjata api pada hujung minggu ini.
Beliau berkata keadaan itu "keterlaluan dan tidak boleh diterima" dan bahawa "rakyat Amerika bersetuju dan mahu penggubal undang-undang melaksanakan pembaharuan keselamatan senjata api yang munasabah."
Biden juga mengkritik parti Republikan kerana menghadiri konvensyen Persatuan Rifle Kebangsaan (NRA) pada Jumaat di tengah-tengah lonjakan keganasan membabitkan senjata api. Konvensyen di Indianapolis itu dihadiri oleh Bekas Presiden AS Donald Trump.
"Kongres mempunyai kuasa untuk menetapkan keselamatan penyimpanan senjata api, menetapkan pemeriksaan latar belakang untuk semua penjualan senjata api, menghapuskan imuniti pengeluar senjata api daripada liabiliti, dan mengharamkan senjata serangan dan peluru berkapasiti tinggi yang ini perlu dilakukan tanpa berlengah-lengah," tegas Biden.
Pada musim panas lalu, Biden menandatangani rang undang-undang kawalan senjata bipartisan yang memperluas pemeriksaan latar belakang pembeli senjata api di bawah 21 tahun, mengukuhkan undang-undang terhadap penyeludupan senjata dan amalan pembelian senjata oleh mereka yang dilarang membeli senjata api, dan menambah pembiayaan untuk sistem kesihatan mental AS.
Kebuntuan Kongres dalam usaha mengawal senjata terlerai berikutan kes tembakan besar-besaran di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas, yang menyebabkan 19 kanak-kanak dan dua guru maut.
Awal bulan ini, lima orang disahkan maut dalam insiden tembakan di sebuah bank di pusat bandar Louisville, Kentucky. Penembak merupakan pekerja bank itu.
Pada 27 Mac, seorang penembak wanita berusia 28 tahun, melepaskan tembakan di The Covenant School di negeri Tennessee menyebabkan tiga kanak-kanak berusia 9 tahun dan tiga kakitangan maut, termasuk guru, sebelum ditembak mati oleh polis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Biden berkata keadaan itu "keterlaluan dan tidak boleh diterima" dan bahawa "rakyat Amerika bersetuju dan mahu penggubal undang-undang melaksanakan pembaharuan keselamatan senjata api yang munasabah." -Gambar fail/Reuters

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.

Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.

Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.

Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.

Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.

Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.

TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.

Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan melaksanakan larangan TikTok sehari sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada Isnin.

Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.

Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.