PENTADBIRAN Joe Biden pada Isnin mengeluarkan strategi pertama kerajaan Amerika Syarikat dalam membanteras rasuah.
Dengan memulakan inisiatif menerusi "Sidang Kemuncak Demokrasi" sulung pada 9-10 Disember, Biden adalah presiden pertama yang mewujudkan usaha memerangi rasuah sebagai kepentingan teras keselamatan negara.
Memetik kenyataan The White House, AS akan memperluaskan sumber perisikan dan diplomatik yang ditumpukan khas untuk memerangi rasuah, yang juga disifatkan sebagai ancaman yang merosakkan kepercayaan awam, menyerlahkan ketidaksamaan dan menjejaskan demokrasi.
Dalam menjayakan insiatif besar tersebut, pentadbiran Biden menggariskan lima tonggak utama sebagai memerangi rasuah berteraskan kepada:
- Memodenkan, menyelaras dan menggerakkan usaha Kerajaan AS untuk memerangi rasuah
- Membanteras aktiviti kewangan haram
- Mempertanggungjawabkan pelaku rasuah
- Memelihara dan mengukuhkan seni bina antirasuah dari multilateral
- Meningkatkan penglibatan diplomatik dan memanfaatkan sumber bantuan asing untuk mencapai matlamat dasar pencegahan rasuah
Tambah kenyataan tersebut, strategi itu memerlukan penubuhan jawatan kanan antirasuah dan badan penyelaras dalam Jabatan Negara, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perdagangan dan USAID.
Selain itu, agensi persekutuan akan diarahkan untuk menambah baik analisis risiko berkaitan rasuah apabila mempertimbangkan bantuan asing dan bantuan keselamatan, terutamanya di negara yang mempunyai rekod rasuah yang teruk.
BACA: AS cadang adakan sidang kemuncak bersemuka dengan ASEAN pada Jan 2022
BACA: COVID-19: Biden gesa negara lain ikut langkah, derma vaksin
Strategi itu pada masa sama menyatakan komitmen AS untuk memperkukuh kerjasama dengan rakan asing yang telah menunjukkan keinginan politik dalam memerangi rasuah, dan juga untuk mengukuhkan sokongan untuk aktivis dan wartawan penyiasat yang mendedahkan rasuah di lapangan.
Dalam usaha untuk mengurangkan keupayaan pelaku rasuah untuk mengeksploitasi sistem kewangan AS, Jabatan Perbendaharaan akan meminta pendapat orang ramai mengenai peraturan yang berpotensi untuk menangani kelemahan pasaran hartanah AS kepada pengubahan wang haram.
Sebagai rekod, sejumlah 110 kerajaan telah dijemput ke Sidang Kemuncak maya untuk Demokrasi, inisiatif utama Biden yang mencetuskan perdebatan hangat dan tindak balas daripada Rusia dan China mengenai cara AS menilai tadbir urus demokrasi.
Agensi
Mon Dec 06 2021
![Biden gariskan strategi banteras rasuah menerusi lima tonggak utama Biden gariskan strategi banteras rasuah menerusi lima tonggak utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637713489_JoeBiden.jpg)
Pentadbiran Biden menggariskan lima tonggak utama sebagai memerangi rasuah berteraskan kepada dengan memulakan inisiatif menerusi "Sidang Kemuncak Demokrasi" sulung pada 9-10 Disember. - Foto AP
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
![Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723434480_TBZAFRUL.jpg)
Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis dengan keupayaan ekonomi Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).
![Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723337804_Football.jpg)
Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita
AS meraih pingat emas acara bola sepak wanita selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Brazil di Sukan Olimpik Paris.
![Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723205419_TBParamount.jpg)
Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS
Paramount Global mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan mengurangkan 15 peratus tenaga kerjanya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
![China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703472832_MalaysiaChina.jpg)
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
![Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722935843_tbForbiddenCity.jpg)
Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu
Antara lain, China menyediakan layanan transit tanpa visa selama 72 jam atau 144 jam kepada pemegang pasport dari 54 negara termasuk AS.
![AS terlibat diplomasi sengit redakan ketegangan Timur Tengah - Blinken AS terlibat diplomasi sengit redakan ketegangan Timur Tengah - Blinken](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722897648_AntonyBlinken.jpg)
AS terlibat diplomasi sengit redakan ketegangan Timur Tengah - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken memaklumkan Washington terlibat dalam diplomasi sengit meredakan ketegangan di Timur Tengah pada Isnin.
![Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713497997_TBMarket.jpg)
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
![AS bantu Israel siap sedia serangan Iran AS bantu Israel siap sedia serangan Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676342900_JohnKirby.jpg)
AS bantu Israel siap sedia serangan Iran
Amerika Syarikat (AS) terus membantu Israel bersedia menerima serangan balas dijangkakan oleh Iran selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.
![Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722650254_tbKamalaHarris.jpg)
Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS
Jaime Harrison mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan.