Sebutir berlian yang tiada cacat cela, dan bersaiz seperti sebiji buah strawberi besar, dijangka merekodkan nilai jualan tertinggi dunia apabila ia memasuki pasaran di Sotheby's, di London bulan ini.
Berlian putih berkilauan seberat lebih 102-karat dan berbentuk bulat itu, kecil sedikit bebanding berlian bujur 118-karat yang pernah dijual di Hong Kong pada tahun 2013.
Setakat ini, berlian bujur itu memegang rekod harga jualan paling tinggi per karat.
Namun begitu, Sotheby's, yang juga mengendalikan jualan di Hong Kong itu, menjangkakan batu permata yang lebih kecil itu bakal mencapai harga lebih tinggi kerana ia jarang ditemui dan berkualiti tinggi.
"Permata yang dijual di Hong Kong itu dijual pada harga AS$260,000 (RM1 juta) sekarat, kini masih menjadi rekod dunia bagi jualan berlian tanpa warna. Yang ini pula dengan bentuknya yang bulat dan dipotong dengan penuh ketepatan, pasti harganya lebih tinggi," ujar Pengerusi Sotheby's Diamonds, Patti Wong kepada Reuters.
Berlian itu adalah satu-satunya permata melebihi 100-karat yang diberikan gred paling tinggi dalam semua kriteria oleh Institut Gemologi Amerika, yang menilai mutu batu permata.
Pihak Sotheby's bagaimanapun tidak mendedahkan harga permata berlian itu, yang akan dijual dalam satu acara jualan tertutup.
Agensi
Fri Feb 09 2018

Berlian ini dijangka mencapai nilai jualan tertinggi di dunia. - Reuters

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Rupa-rupanya Gunung Jerai sumber batu permata asli
Gunung Jerai menyimpan batu-batu permata yang kini sedang giat diterokai oleh penduduk tempatan.

Sekurang-kurangnya 15 maut, tanah runtuh di lombong zamrud Myanmar
Kebanyakan pelombong dipercayai bukan pekerja rasmi syarikat perlombongan sebaliknya individu yang datang sendiri untuk mencuri peluang.

Berlian putih paling jarang ditemui bakal dijual di London
Berlian putih bersinar seberat lebih 102-karat dan berbentuk bulat itu meraih gred tertinggi dalam semua kriteria penilaian.