ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Oktober 2024.


1. Negara rakan BRICS: Malaysia belum terima pengumuman rasmi - Rafizi

Malaysia masih belum menerima sebarang pengumuman rasmi mengenai penerimaan negara menjadi negara rakan BRICS.



2. BRICS mahu bina sistem kewangan baharu, bebas pengaruh Barat

BRICS berhasrat membina sistem kewangan baharu yang berupaya merealisasikan potensi penuh negara-negara membangun.


3. Tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dibincangkan hari ini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara berkenaan.


4. AMMDM: Pengintegrasian dasar inklusif dalam pengurusan bencana ASEAN - Ahmad Zahid

Malaysia menekankan kepentingan pengintegrasian dasar inklusif dalam rangka kerja pengurusan bencana ASEAN untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


5. 5 maut, 22 cedera serangan pengganas ke atas Turkish Aerospace Industries

Dua pengganas yang menyerang kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Ankara telah "ditewaskan," manakala lima orang terkorban dan 22 lagi cedera, Agensi Anadolu memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya.


6. Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI).


7. Pemberontak Kurdish mungkin dalang serangan Turkish Aerospace Industries - Turkiye

Kerajaan Turkiye menegaskan, kumpulan pemberontak Kurdish 'kemungkinan besar' berada di belakang serangan ke atas Turkish Aerospace Industries yang kini sudah meragut lima nyawa.


8. Israel, Hezbollah berbalas serangan di sempadan

Pasukan pejuang Hezbollah dan rejim Israel saling melancarkan serangan udara di sepanjang sempadan pada Rabu.


9. Hezbollah sahkan Hashem Safieddine maut dalam serangan Israel

Pasukan pejuang Hezbollah mengesahkan kematian Hashem Safieddine iaitu salah seorang calon yang dijangka mengetuai kumpulan itu susulan pembunuhan Hassan Nasrallah.


10. Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos

Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.