Setahun selepas cubaan rampasan kuasa digagalkan, kalangan pemimpin Turki terus mengecam apa yang mereka disifatkan sebagai pengkhianat negara dan mengkritik dunia barat yang menunjukkan lebih empati terhadap perancang rampasan kuasa dan bukannya kepada mangsa.
Negara-negara turut diingatkan akan bahaya Pertubuhan Pengganas Fethullah (Feto) yang hadir dalam pelbagai bentuk - dituduh menjadi dalang rampasan kuasa pada 15 Julai, 2016 - dalam perjuangan mereka.
Bercakap di Ankara, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Turki tatkala ia berusaha menangani keadaan selepas kegagalan rampasan kuasa itu, adalah amat tidak wajar.
"Sekiranya Turki sebuah negara yang tidak mendaulatkan undang-undang dan tidak peduli tentang keadilan, ribuan pengkhianat mungkin sedang bersembunyi dalam lubang-lubang dan bukannya ditahan dalam penjara," katanya pada satu acara berkaitan dengan kegagalan rampasan kuasa itu.
Erdogan berkata negara telah dikhianati pada malam bersejarah itu yang mengakibatkan kira-kira 250 rakyat Turki mati syahid dan lebih 2,000 orang cedera.
Kerajaan Turki menuding jari kepada Feto dan pemimpinnya yang tinggal di Amerika Syarikat Fethullah Gulen berhubung cubaan rampasan kuasa yang berjaya dipatahkan itu, untuk menggulingkan Erdogan dan kerajaan pimpinannya.
Rampasan kuasa oleh pengikutnya di dalam tentera dengan menggunakan peralatan ketenteraan dipatahkan apabila rakyat biasa Turki bangun menentang kumpulan rampasan kuasa itu di sini dan di Istanbul.
Erdogan mengkritik pengkhianat Turki berkenaan yang lebih bimbangkan, contohnya, keadaan dalam penjara bagi pelaku rampasan kuasa itu dan jumlah mereka yang dikurung.
"Tetapi mereka yang dicederakan oleh peserta rampasan kuasa tidak mendapat sebarang empati. Mereka menunjukkan lebih empati kepada pengganas, bukannya mangsa," katanya.
Erdogan berkata perintah darurat yang sedang dilaksanakan di Turki akan ditarik balik sebaik sahaja semua matlamat antikeganasan yang ditetapkan kerajaan dipenuhi dan dicapai.
Pada majlis berasingan bagi meraikan wartawan, Perdana Menteri Turkir Binali Yildirim merakamkan penghargaan kepada rakyat biasa Turki yang "mempertahankan negara mereka" dengan menentang kumpulan perampas kuasa secara bersemuka.
Beliau berjanji bahawa mereka yang mengambil bahagian atau telah memainkan peranan dalam rampasan kuasa yang dipatahkan itu akan menerima hukuman setimpal mengikut lunas undang-undang .
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Dr Numan Kultumus berkata rakyat tidak harus mudah terperdaya dengan Feto kerana ia bukan pergerakan pendidikan sivik yang baik tetapi telah menyusup masuk ke dalam tentera, polis dan badan kehakiman Turki - dengan itu perlu dinyahkan daripada institusi berkenaan.
Beliau berkata sekiranya rampasan kuasa itu berjaya, tiada lagi demokrasi di Turki dan ia mungkin terheret dalam kancah perang saudara sepertimana yang berlaku di beberapa negara lain.
"Sebab itu kenapa pelaku dalam pengkhianatan ini, perancang rampasan kuasa, tidak akan dilupakan atas apa yang telah mereka lakukan," katanya kepada media antarabangsa yang membuat liputan acara-acara yang disusun kerajaan bagi memperingati kegagalan rampasan kuasa pada 15 Julai itu.
Pada sesi berasingan dengan mereka, Timbalan Pengerusi parti pemerintah Turki, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) dan jurucakap Mahir Unal berkata Feto hadir di kira-kira 160 negara dan oleh itu mereka tidak perlu bimbang apabila badan itu diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh kerajaan.
"Perkara sama boleh berlaku di negara-negara lain. Jadi kami juga ingin menarik perhatian negara-negara berkenaan (terhadap bahaya Feto)," katanya.
Dikatakan bahawa Feto beroperasi menerusi sekolah, pertubuhan bukan kerajaan, pelobi, media dan syarikat.
Ratusan wartawan dari seluruh dunia dihoskan oleh Direktorat Media dan Penerangan di bawah Kementerian Utama Republik Turki untuk mendapatkan gambaran lebih baik mengenai apa yang berlaku pada malam 17 Julai tahun lepas dan tindakan susulan kerajaan dalam menangani keadaan selepas kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2017
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Turki tatkala ia berusaha menangani keadaan selepas kegagalan rampasan kuasa itu, adalah amat tidak wajar. - Foto Bernama
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.
Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Kementerian itu juga mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK.
Serangan pengebom bunuh diri berhampiran bangunan KDN Turki
Satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turki di daerah Kizilay di tengah Ankara, lapor Sputnik memetik laporan CNN Turk pada Ahad.
Ankara keluar amaran gelombang haba
Perkhidmatan Meteorologi Turkiye (MGM) mengeluarkan amaran kepada penduduk di 49 wilayah di negara itu supaya berhati-hati ekoran suhu tinggi akibat gelombang haba yang tidak normal.
Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye
Sekurang-kurangnya lima pekerja terbunuh dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kilang roket dan bahan letupan di Ankara pada awal pagi Sabtu.
Siapa pun yang menang pilihan raya, Ankara tetap teruskan hubungan strategik dengan Moscow
Turkiye akan mengekalkan hubungan strategik dengan Rusia tanpa mengira keputusan pilihan raya presiden dan parlimen yang akan datang.
Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman
Wakil Presiden Jerman, Bundestag Wolfgang Kubicki yang menggelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai tikus longkang'.
Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan
Erdogan memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang.