ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.


1. 14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara

Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post. 



2. Bantuan masuk ke Gaza merosot 67 peratus sejak serangan ke atas Rafah - PBB

Jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza telah berkurangan sebanyak 67 peratus sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya di Rafah pada 7 Mei, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) .


3. Israel guna helikopter tentera serang Rafah

Israel tanpa henti melanggar arahan antarabangsa, dan tidak mengendahkan gesaan dunia.


4. White House usaha pelan gencatan senjata baharu

White House mengesahkan sedang mengusahakan pelan baharu untuk menguatkuasakan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.


5. Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji

Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengundang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji pada tahun ini, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).


6. Tiada bukti sabotaj dalam nahas helikoper Presiden Iran - Penyiasat tentera

Penyiasat tentera Iran tidak menemukan bukti mengenai sebarang letupan yang disebabkan oleh sabotaj atau serangan siber dalam nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya bulan ini.


7. China sedia rapatkan hubungan dengan negara Arab

China komited bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk membina hubungan China-Arab sebagai penanda dalam memelihara keamanan dan kestabilan dunia, kata Presiden China Xi Jinping.


8. Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam

Seorang individu tidak dikenali maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, lapor United Press International (UPI).


9. Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, penduduk dinasihat berwaspada

Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, 1.04 tengah hari Waktu Indonesia Barat, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).


10. India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau

New Delhi mencatat rekod suhu panas terbaharu pada Rabu apabila mencapai suhu 52.3 darjah Celsius.