1. Sekurang-kurangnya 30 terkorban dalam serangan udara di Ukraine
Rusia dilaporkan telah melancarkan serangan udara ke atas Ukraine pada Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa dan mencederakan lebih 160 lagi.
2. Korban banjir di selatan Thailand meningkat kepada 12 orang
Sekurang-kurangnya 12 nyawa terkorban akibat banjir besar yang melanda selatan Thailand manakala lebih 18,000 keluarga di wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala masih terjejas.
3. Gempa bumi kuat 6.0 magnitud landa luar pantai barat utara Sumatera
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 petang tadi.
4. Apple Watch akan dikemas kini bagi membolehkan jualan di AS
BEBERAPA hari yang lalu jualan Apple Watch Ultra 2 dan Apple Watch Series 9 diharamkan di Amerika Syarikat (AS) oleh ITC selepas Apple didapati bersalah melanggar paten oksimeter milik Masimo Corp.
5. Salji lebat diramal landa sebahagian besar kawasan di Seoul
Agensi cuaca Korea Selatan pada Sabtu mengeluarkan amaran salji lebat atau hujan dijangka melanda di kebanyakan kawasan di Seoul menjelang tahun baharu.
6. 6 maut, 26 cedera dalam serangan bersenjata di utara Mexico
Seramai enam orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam serangan bersenjata di bandar utara Sonora, Mexico.
7. Lakukan genosid di Gaza, Afrika Selatan fail kes di ICJ
Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim itu telah melakukan genosid di Gaza.
8. 106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel
Tentera Israel membunuh 106 wartawan Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 84 hari sejak serangan bermula pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu.
9. Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu.
10. Pemerintah Indonesia pertimbang aspek kemanusiaan kendali pelarian Rohingya
Ketua Pengarah Hak Asasi Manusia Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dhahana Putra berkata, pengendalian pelarian Rohingya di Indonesia perlu mengutamakan aspek kemanusiaan di samping mengambil kira kepentingan masyarakat setempat.