ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.

1. Penerbangan MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa selepas cetus gangguan

Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa pada Selasa selepas mengganggu penerbangan antarabangsa dari Australia ke Malaysia.


2. Penduduk Jakarta 'sesak nafas', Jokowi arah laksana langkah atasi pencemaran udara

Pencemaran udara dilaporkan bertambah buruk di wilayah Jakarta Raya, Indonesia, malah 'dibuktikan' lagi dengan laporan keadaan Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang mengalami batuk berterusan, yang disebabkan udara kotor.


3. Banjir, tanah runtuh landa Laos, ribuan rakyat terjejas

Laos terjejas teruk akibat kejadian banjir dan tanah runtuh sehingga memusnahkan ladang, kediaman dan harta benda, serta menjejaskan beribu-ribu rakyatnya.


4. Angka korban kebakaran di Hawaii mencecah 100 orang

Angka kematian di Hawaii akibat kebakaran mencecah 100 orang sekali gus menyemarakkan kritikan terhadap ketidakupayaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) sehingga menyumbang kepada kehilangan nyawa yang banyak.


5. Banjir di wilayah timur Rusia, darurat diisytihar

Gabenor Oleg Kozhemyako pada Selasa mengisytiharkan darurat serantau di wilayah Primorsky di timur Rusia akibat kejadian banjir besar.


6. Lebih 3,000 orang dipindah akibat kebakaran hutan di Perancis

Lebih 3,000 orang telah dipindahkan akibat kebakaran hutan melanda berhampiran Saint-Andre pada petang Khamis, di selatan Perancis.


7. Trump, 18 yang lain didakwa berhubung cubaan batalkan keputusan pilihan raya 2020

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump didakwa di Georgia selepas siasatan oleh Peguam Daerah Fulton County, Fani Willis mengenai usahanya untuk membatalkan keputusan pilihan raya presiden pada 2020.


8. Dua anak lelaki Raja Thai akhiri lawatan mengejut ke Thailand

Dua anak lelaki Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, pada hari Isnin mengakhiri lawatan mengejut mereka ke Thailand.


9. Thailand's Move Forward says will not back Pheu Thai's PM bid

Thailand's election-winning Move Forward Party will not back former alliance partner Pheu Thai's candidate in a parliamentary vote on the next prime minister, a senior official said Tuesday.


10. North Korea's Kim, Russia's Putin exchange letters, vow stronger ties

North Korea leader Kim Jong Un and Russian President Vladimir Putin exchanged letters on Tuesday pledging to develop their ties into what Kim called a "long-standing strategic relationship," Pyongyang's state media KCNA said.