ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 10 Januari 2021.
1) Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air berjaya dikesan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi pencarian pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, mula menemukan serpihan pesawat dan enjin, barangan penumpang serta cebisan-cebisan mayat.
Operasi pencarian kini juga berfokus kepada mendapatkan kotak hitam pesawat, selepas koordinat pesawat yang terhempas di perairan itu telah dikenal pasti.
2) Nahas Sriwijaya Air: Jokowi berduka cita, arah segerakan operasi mencari mangsa
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi menzahirkan rasa duka cita atas insiden nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182 di Kepulauan Seribu, lapor portal berita Kompas.com.
“Saya atas nama pemerintah dan seluruh masyarakat Indonesia menyampaikan duka cita yang mendalam atas terjadinya musibah ini," kata Jokowi menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Sekretariat Presiden, pada Ahad.
3) Nahas Sriwijaya: Serpihan pesawat ditemui di Laut Jawa
Pasukan penyelam Indonesia berjaya menemui serpihan pesawat Boeing 737-500 pada kedalaman 23 meter di Laut Jawa pada Ahad, sehari selepas sebuah pesawat dengan 62 penumpang terhempas sebaik sahaja berlepas dari Jakarta.
4) Sekurang-kurangnya 11 terkorban dalam insiden tanah runtuh di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 18 lagi cedera dalam dua kejadian tanah runtuh di Indonesia susulan hujan lebat.
Insiden runtuhan di perkampungan Cihanjuang di daerah Sumedang Jawa Barat Indonesia itu terjadi ketika anggota penyelamat masih melakukan usaha penyelamatan susulan insiden pertama pada Sabtu.
5) 'Guna Signal' - Elon Musk minta orang ramai waspada terma baharu WhatsApp
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk menggesa orang ramai menggunakan aplikasi pesanan, Signal susulan tindakan WhatsApp memaksa pengguna bersetuju dengan terma baharu perkhidmatan aplikasi pesanan terkemuka itu.
6) Lelaki pecah saluran pernafasan akibat tahan bersin
SEORANG lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri.
7) Nahas Sriwijaya: Wanita kongsi lambaian terakhir
SEORANG wanita dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang terhempas di Kepulauan Seribu semalam, sempat berkongsi detik-detik akhirnya sebelum kejadian.
Melalui perkongsian di IG Story di Instagram, wanita yang menggunakan akaun @ratihwindania sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya sebelum menaiki pesawat.
8) Nahas Sriwijaya: Boeing sedia salur bantuan kepada keluarga mangsa
SYARIKAT pengeluar pesawat Boeing sedang mengikuti rapat nahas pesawat terhempas melibatkan penerbangan Sriwijaya Air di Indonesia sejak Sabtu.
Dalam tweet terbaharu, syarikat itu berkata ketika ini pihaknya sedang mengumpul semua maklumat berkaitan insiden berkenaan.
9) COVID-19: Vaksin China selamat dan berkesan - Pakar AS
Pakar Kesihatan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan vaksin COVID-19 dihasilkan Sinovac dan Sinopharm adalah selamat, berkesan dan berbaloi atau sepadan dengan hasilnya.
Menurut Kate Tulenko, walaupun vaksin dari negara China itu bersifat tradisional, namun ia berupaya membunuh virus koronavirus apabila disuntik ke badan manusia.
10) Masih ramai ingkar perintah berkurung, Britain lancar kempen informasi besar-besaran
Britain melancarkan kempen informasi awam secara besar-besaran dalam usaha memastikan warganya mematuhi perintah berkurung yang dilaksanakan susulan peningkatan kes COVID-19.
Astro Awani
Sun Jan 10 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Februari 2025.