ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 14 November 2020.
1) COVID-19: Kes positif lebih 53.1 juta, korban cecah 1.3 juta
JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 53.1 juta.
Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
2) 7 maut akibat COVID-19, majlis perkahwinan kecil jadi punca
Jika ada mempersoalkan mengapa acara atau majlis kecil dengan tetamu tidak ramai tidak dibenarkan ketika musim pandemik, ini jawapannya.
Sebuah majlis perkahwinan berlangsung 7 Ogos lalu di sebuah gereja di Maine, Amerika Syarikat, dan hanya membabitkan 55 tetamu.
3) COVID-19: Greece sahkan akan beri vaksin secara percuma
Perdana Menteri Greece mengesahkan kerajaan akan memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada rakyatnya apabila tersedia kelak.
Kyriakos Mitsotakis turut menyatakan negara itu akan menerima penghantaran pertama vaksin pada awal 2021.
4) COVID-19: Indonesia mulakan kempen vaksinasi besar-besaran bulan depan - Jokowi
Indonesia akan memulakan kempen vaksinasi COVID-19 secara besar-besaran pada akhir tahun ini.
Presiden Joko Widodo memberitahu Reuters bahawa perancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin ke seluruh negara.
5) Nak pakai pelitup muka, tapi tetap mahu tunjuk 'muka'... ini penyelesaiannya!
Jorge Roriz, 65, sudah lama menggunakan kemahiran seninya untuk mencipta dunia magis, terutamanya dalam sambutan kebudayaan Carnival Rio de Janeiro yang diserikan kostum berwarna-warni serta kenderaan berhias.
Kini, dalam musim pandemik koronavirus yang belum berakhir, dia memanfaatkan bakat seninya untuk menghasilkan pelitup muka yang tidak 'menutup' ciri-ciri wajah pemakainya, sebaliknya kelihatan mirip wajah asal.
6) ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketika tumpuan diberikan dalam mengatasi cabaran itu, kerjasama dan kesepakatan lebih komprehensif juga diperlukan untuk menangani ancaman keselamatan, terutamanya berkaitan migrasi, keselamatan siber serta keganasan dan ekstremisme.
7) Sidang Kemuncak Tahunan ASEAN-Australia bermula tahun depan - Muhyiddin
ASEAN gembira menerima cadangan Australia bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Tahunan ASEAN-Australia, bermula tahun depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin ketika menyampaikan Kenyataan Bersama ASEAN pada Sidang Kemuncak Dwitahunan kedua ASEAN-Australia berkata, perkumpulan itu komited untuk bekerjasama dengan Australia bagi memperluas dan mengukuhkan perkongsian strategik dalam semua bidang dan lapangan bagi kepentingan bersama ke arah keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau dan global.
8) UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin - Muhyiddin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu jujur memainkan peranannya sebagai orang tengah kepada pihak terbabit dalam kancah konflik Israel-Palestin bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berterusan di rantau itu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini, yang menyeru masyarakat antarabangsa, terutama PBB memikul tanggungjawab penuh berdasarkan piagamnya dalam menyelesaikan konflik.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Nov 14 2020
Berikut adalah antara berita global yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 13 November 2020
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Jun 2024.