Warga ASEAN bukan sahaja perlu meraih manfaat daripada ASEAN, tetapi juga berkewajipan mengambil bahagian dan memberi sumbangan terhadap usaha membina Komuniti ASEAN bagi memastikan pertubuhan itu terus mencapai kemajuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara prasyarat untuk mewujudkan sebuah Komuniti ASEAN dalam erti kata sebenar ialah memupuk semangat kekitaan serta identiti dalam kalangan rakyat di seluruh 10 negara yang menganggotainya.
"Hanya dengan cara ini sahajalah kita akan mempunyai sebuah Komuniti ASEAN yang benar-benar kohesif serta mencerminkan aspirasi warganya," kata beliau dalam kenyataan bersempena sambutan Hari ASEAN ke-49 hari ini.
Sambil mengucapkan 'Selamat Hari ASEAN' kepada seluruh rakyat Malaysia dan penduduk ASEAN, Najib berkata banyak lagi usaha yang perlu dilakukan sebelum ASEAN boleh menganggap dirinya sebagai sebuah komuniti yang benar-benar bersifat tunggal dan bersatu padu dari segi amalan dan nama.
Pembinaan Komuniti ASEAN merupakan proses berterusan dan sentiasa berkembang, manakala momentumnya pula perlu dipelihara bagi menjamin wujudnya kesepaduan politik, integrasi ekonomi serta keterangkuman sosial dan serantau, kata beliau.
"Komuniti kita perlulah mampu memberi respons secara berkesan terhadap ancaman yang timbul dan cabaran yang muncul daripada perubahan pesat landskap serantau dan global," katanya.
Justru, kata beliau, tema yang dipilih Laos sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, 'Menukarkan Visi Menjadi Realiti bagi Komuniti ASEAN Dinamik', amat tepat pada waktunya dan sesuai kerana ia mencerminkan keazaman bersama penduduk ASEAN untuk terus mengintegrasikan rantau mereka dan memperkukuhkan komunitinya.
Najib berkata hampir lima dekad lepas, para pengasas ASEAN menandatangani Deklarasi Bangkok, yang secara rasmi menubuhkan persatuan itu, dan menurut beliau, hari berkenaan amat bersejarah kerana ia merakamkan komitmen beberapa negara Asia Tenggara untuk berusaha ke arah menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini pada masa akan datang.
"Apabila kita menyambut Hari ASEAN tahun ini, kita berbuat demikan untuk pertama kali sebagai satu komuniti. Ini kerana, pada 31 Dis 2015, di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, negara anggota pertubuhan ini menubuhkan Komuniti ASEAN.
"Ini merupakan suatu kejayaan penting bagi rantau ini, yang dibina daripada kebingkasan dan dinamisme yang menjadi ciri utama ASEAN melalui perjalanan yang ditempuhnya selama hampir separuh abad," kata beliau, sambil menjelaskan bahawa warga ASEAN patut berbangga dengan hasil yang dicapai pertubuhan itu dalam tempoh hampir 50 tahun lepas.
Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, ASEAN dianggotai 10 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.
Bernama
Mon Aug 08 2016
Menurut Datuk Seri Najib, pembinaan Komuniti ASEAN merupakan proses berterusan dan sentiasa berkembang. - Gambar fail
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Bekas PM Australia kecewa, seru negara keluar dari ICC
Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menyeru agar Australia menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Situasi utara Gaza makin memburuk
Keadaan di utara Semenanjung Gaza dilaporkan semakin buruk dari minit keminit terutamanya selepas serangan Israel ke atas Hospital Kamal Adwan.
Menurut laporan antarabangsa, Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti yang masih beroperasi di kawasan itu.
Menurut laporan antarabangsa, Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti yang masih beroperasi di kawasan itu.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza disifatkan hina kemanusiaan - Hamas
Hamas semalam mengutuk serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, dengan menyifatkannya sebagai 'penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa'.
Conor Mcgregor disabit bersalah lakukan serangan seksual
Petinju MMA, Conor Mcgregor, telah diperintahkan membayar ganti rugi EURO248,000 (RM1.23 juta).
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiapkan satu sistem yang boleh menghantar notis amaran secara terus ke telefon bimbit orang ramai sebagai persiapan menghadapi suatu bencana.
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
Mangsa menurun 481 orang di enam negeri pagi ini
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat pensyarah didakwa hina Nabi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen, baru-baru ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.