PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mempopularkan slogan "Keep America Great" (KAG) pada pilihan raya presiden, Januari 2017.
Slogan yang diambil dari "Make America Great Again" (MAGA) yang pernah dipopularkan presiden Reagan pada 1980 dan natijahnya berjaya memenangi hati rakyat Amerika.
Presiden Bill Clinton juga menggunakan frasa yang sama dalam pilihan raya presiden pada 1992 dan berjaya menjadi presiden AS untuk dua penggal.
Donald Trump melihat naratif ini perlu dipopularkan semula agar sokongan politik mampu menjadikan beliau presiden AS yang hebat.
Maka akhirnya kejayaan memihak kepada Trump kerana berjaya memainkan sentimen ‘White Supremacy’ sebagai elemen utama dalam KAG termasuk dengan agenda anti imigran dan rasisme.
Pelbagai janji manifesto KAG ditabur oleh Parti Republikan pimpinan Trump untuk menjadi sebuah negara yang hebat di dunia.
Trump menjanjikan kepesatan ekonomi yang maha hebat untuk rakyat AS terutamanya dengan kemampuan beliau dalam bidang perniagaan hingga menjadi taikun yang disegani.
Trump juga menjanjikan pengurangan defisit kerajaan dan inflasi yang rendah buat warga AS.
Peluang pekerjaan yang besar dalam kepelbagaian bagi mengatasi masalah pengangguran yang menghampiri kadar empat peratus.
Perlombongan arang batu dan industri minyak akan diperkasakan semula serta menyekat kemaraan China bagi mengelakkan ‘global recession’.
Inilah antara janji manis KAG yang telah berjaya memenangkan Trump dalam pilihan raya presiden pada tahun 2017 yang lalu.
Walaupun keputusannya dipertikaikan, akan tetapi Trump dikira presiden yang sah dan dipilih secara demokratik dalam pilihanraya secara elektronik yang penuh kontroversi tersebut.
Tahun 2020 adalah tahun yang getir bukan sahaja bagi Trump malah bagi seluruh warga AS.
Trump memerlukan lonjakan atau wow factor agar dapat memenangi kerusi panas presiden bagi kali kedua dalam pilihan raya presiden yang bakal diadakan pada November 2020 nanti.
Trump menjanjikan 'syurga' buat warga AS, akan tetapi 'neraka' yang didapati.
Memasuki tahun 2020, malapetaka besar menanti dunia dan AS melalui penularan virus COVID-19 yang datang dalam keadaan tidak ada satu pun negara yang bersedia sepenuhnya.
Sepenggal Trump di White House, semua yang dijanjikan gagal dicapai.
Stephan Moore, penasihat kanan ekonomi Trump sendiri mengakui bahawa Trump menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal. Trump dianggap membesar-besarkan sesuatu yang tidak mungkin dicapai.
Malah Moore juga berharap tidak keluar sesuatu yang ‘gila’ dari mulut Trump.
Di sinilah agenda KAG Trump dilihat tidak mendapat sokongan penuh dari barisan Kabinetnya sendiri.
Melihat kepada situasi semasa, adalah mustahil untuk slogan Keep America Great atau KAG ini mampu dicapai terutamanya sebelum November 2020.
Jika sebelum ini, presiden mempunyai tempoh sekurang-kurangnya 10 bulan untuk membuat pecutan saat akhir bagi meraih sokongan untuk mengekalkan beliau sebagai presiden untuk penggal kedua.
Trump harus mencari jalan untuk menjadikan AS hebat semula.
Akan tetapi ancaman pandemik dan isu kematian George Floyd telah merubah landskap sosio & politik AS buat masa ini.
Trump dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, tidak lagi mempunyai talian hayat yang kukuh serta dapat menjamin masa depan beliau sebagai presiden AS.
Ditambah pula krisis yang berlaku antara Trump dengan kebanyakan barisan pimpinan White House dan agensi kerajaan AS termasuk keselamatan dan kesihatan.
COVID-19 jelas memperlihat kegagalan sebuah negara maju bernama AS. Mereka mempunyai kemampuan teknologi dan ketenteraan pada kadar 30 dan 50 tahun terkedepan berbanding negara-negara lain.
Akan tetapi AS berada 10 hingga 20 tahun kebelakang dalam pengurusan kesihatan dan tata-etika masyarakatnya.
Hampir tiga juta kes COVID-19 dikesan dengan kematian melebihi angka 100,000 di AS atau kira-kira 1/3 daripada keseluruhan kes COVID-19 global.
Dapat dilihat bagaimana kepenatan yang dialami oleh ‘frontliners’ atau petugas barisan hadapan di Amerika.
Mereka tidak mampu untuk mengatasi masalah COVID-19 ini terutamanya dengan polisi-polisi tidak konsisten oleh kerajaan AS.
Percanggahan kenyataan oleh Trump dan pengarah kesihatan persekutuan, Anthony Fauci dalam isu-isu berkaitan pandemik ini membuktikan kegagalan AS menjadi jaguh sebagaimana yang diimpikan.
Maka akhirnya kedar kes dan kematian terus meningkat hingga AS hanya pasrah dengan mengharapkan ancaman COVID-19 ini akan berakhir dengan sendirinya.
Faktor kedua yang membantutkan usaha Trump untuk mengekalkan kuasa dan menjayakan agenda KAG adalah isu perkauman atau rasisme.
Kematian George Floyd pada 26 Mei 2020 di Minneapolis, Minnesota bolehlah dianggap sebagai pukulan K.O. kepada Trump. Isu ini telah menyebabkan rusuhan dan kerosakan yang besar di AS.
Dianggarkan kerugian mencecah ratusan juta dollar di atas kerosakan harta benda yang diakibatkan dari rusuhan yang terjadi hampir di seluruh negara AS.
Kebakaran, kecurian, kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di pelbagai kota raya di AS adalah kelihatan seperti apa yang berlaku di Iraq, Syria dan Afghanistan.
Negara-negara yang dimusnahkan tentera Uncle Sam suatu masa dahulu pastinya gembira melihat apa yang sedang berlaku di AS ketika ini.
Pandangan AS bukan sebuah negara yang hebat juga dikongsi oleh penduduk mereka sendiri.
Kajian yang dilakukan oleh Wharton School dan BAV pada akhir 2019 juga menunjukkan bahawa rakyat AS tidak gembira dengan pencapaian dan usaha yang dilakukan oleh Trump untuk menjayakan agenda KAG.
Sebanyak 61 peratus mempercayai bahawa rasisme masih bertapak keras di AS, ini sebelum kematian George Floyd.
Jika kajian ini dilakukan sekarang, pastinya peratusan ini akan meningkat dengan signifikan. Sejumlah 60 peratus lagi menolak kesamarataan pembahagiaan kekayaan dalam kalangan penduduk Amerika.
Sebanyak 45 peratus tidak mendapat akses kepada kesihatan awam dan hanya 50 peratus mempunyai kesedaran tentang kesihatan.
Malah yang lebih parah lagi, hanya 46 peratus merasa gembira dengan kehidupan yang dimiliki di AS ketika ini.
Dengan semua faktor ini, jelas sekali bahawa AS tidak lagi hebat dan gagah sebagaimana yang diimpikan oleh presiden Trump.
Presiden OECD, Jose Angel Trevino menyatakan bahawa yang mengukur tahap kemajuan dan kejayaan sesebuah negara bukanlah melalui pembangunan material semata-mata, akan tetapi ia diukur melalui indeks kegembiraan dan persepsi masyarakat di negara tersebut.
Yang boleh menjadikan AS negara yang hebat semula adalah rakyatnya sendiri dan yang boleh menggagalkan status tersebut juga adalah rakyat AS juga.
Trump tidak boleh menjadikan AS hebat dengan menakluki dan menjajah negara-negara lain, akan tetapi perlu mentamadunkan rakyat mereka sendiri.
Kegagalan masyarakat AS mengawal diri dalam menghadapi pandemik COVID-19 ditambah pula dengan insiden rasisme George Floyd membuktikan bahawa presiden dan rakyat AS itu sendiri haruslah hebat dan bertamadun bukannya mentamadunkan bangsa atau negara lain semata-mata.
Benarlah pepatah yang mengatakan bahawa ikan membusuk dimulai dari kepala.
Prof Madya Dr Mohd Mizan Aslam merupakan Profesor Madya UniMAP dan Pakar Kajian Strategik & Anti Keganasan
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Dr Mohd Mizan Aslam
Wed Jul 08 2020
Trump dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, tidak lagi mempunyai talian hayat yang kukuh serta dapat menjamin masa depan beliau sebagai presiden AS. -Gambar fail
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.