Dalam situasi dunia masih tercari-cari vaksin bagi mengekang pandemik COVID-19, dua kes jangkitan wabak bubonik pula dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad.
Kes tersebut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia sekali gus mendorong kerajaan mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini.
“Buat masa ini, terdapat risiko wabak itu akan merebak di bandar berkenaan.
"Orang ramai digesa meningkatkan kawalan keselamatan diri dan mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat,” kata pihak berkuasa keselamatan tempatan.
Terdahulu, pada 1 Julai, media tempatan Xianhua melaporkan terdapat dua pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.
Suspek berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital.
Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.
Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota.
Haiwan dalam kelas herbivor itu dikenal pasti hidup di Asia, Eropah dan Utara Amerika.
Dalam perkembangan sama, seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.
Wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.
Ia mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tahun lalu, dua individu yang dijangkiti wabak bubonik di sebuah wilayah di barat Mongolia, Bayan-Ulhii maut selepas memakan daging marmot mentah.
Agensi
Mon Jul 06 2020
Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Kuarantin dilaksana di barat Mongolia susulan wabak bubonik
Kuarantin seminggu dilaksanakan di Wilayah Govi-Altai di barat Mongolia berikutan kejadian wabak disyaki bubonik, juga dikenali sebagai "Black Death".
Makan tupai tanah: Remaja maut akibat wabak bubonik di Mongolia
Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kesihatan dan melaksanakan perintah kuarantin di daerah Tugrug, Mongolia.
Belum pun reda isu COVID-19, wabak bubonik pula dikesan di China
Suspek berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital.