Bekas Presiden Iran, Akhbar Hashemi Rafsanjani meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas mengalami serangan jantung.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh media kerajaan Iran awal Isnin.

Rafsanjani berkhidmat selama dua penggal sebagai presiden Iran bermula 1987 hingga 1997.

Beliau dikenali sebagai tokoh yang sangat berpengaruh dalam arena politik di republik itu.

Rafsanjani juga antara lain penyokong kuat kepada Hassan Rouhani.

Kediaman milik Rafsanjani di utara Tehran menjadi tumpuan saudara mara dan penyokong beliau.

Turut berdukacita diatas pemergian Rafsanjani ialah pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.