ROM: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Milan pada Rabu, menurut pejabat parti politik Forza Italia.
Beliau dikatakan mempunyai masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Pemimpin itu mengalami kesukaran bernafas tetapi berada dalam keadaan stabil di Hospital San Raffaele," lapor Xinhua memetik akhbar Il Giornale .
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Itali, Antonio Tajani berkata, Berlusconi dalam keadaan stabil dan boleh bercakap.
Berlusconi pernah dijangkiti COVID-19 pada tahun 2020 dan pernah menjalani pembedahan jantung dan kanser prostat.
Berlusconi sebelum ini mengetuai kerajaan Itali antara tahun 1994 dan 2011.
Beliau turut disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai antara 500 bilionair terbaik dunia, dengan nilai bersih harta kira-kira AS$7 bilion.
Kebanyakan kekayaannya datang dari Mediaset, penyiar swasta terbesar Itali. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi (gambar kecil) dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital San Raffaele, Milan.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Lapangan terbang utama Milan akan dinamakan semula sempena bekas PM Berlusconi
Lapangan Terbang Milan Malpensa akan secara rasmi dinamakan sebagai Aeroporto Silvio Berlusconi.

Bekas PM Itali Silvio Berlusconi tinggalkan harta pusaka berbilion dolar untuk anak dan rakan
Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang meninggal dunia pada Jun lalu, dilaporkan telah meninggalkan harta pusaka bernilai berbilion dolar untuk saudara dan rakan rapatnya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan campuran Itali bakal berdepan cabaran susulan kematian Berlusconi
Kematian ahli politik veteran Itali dan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi mungkin akan memberikan cabaran kepada kerajaan campuran negara itu.

Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meninggal dunia
Beliau meninggal dunia di sebuah hospital di Milan, menurut laporan media Itali.

Bekas PM Itali Silvio Berlusconi disahkan hidap leukemia
Ahli politik berusia 86 tahun itu telah dikenal pasti menghidap penyakit itu untuk satu tempoh masa.

Bekas PM Itali Silvio Berlusconi dirawat di ICU
Berlusconi pernah dijangkiti COVID-19 pada tahun 2020 dan pernah menjalani pembedahan jantung dan kanser prostat.

Berlusconi bebas tuduhan beri rasuah berkaitan kes pelacuran
Keputusan ini memberi kelegaan kepada bekas pemimpin berusia 85 tahun itu yang berdepan pelbagai masalah kesihatan.

Bekas PM Itali disekat berpolitik dua tahun
Mahkamah di Itali mengenakan sekatan itu susulan keputusan kes penipuan cukai menyabitkan Silvio Berlusconi.

Napolitano batal pertemuan dengan pembangkang Jerman
Presiden Itali, Giorgio Napolitano yang kini berada di Jerman telah membatalkan pertemuan dengan pembangkang Jerman, Peer Steinbrueck.