ROME: Lapangan terbang antarabangsa utama di bandar utara Itali, Milan, akan dinamakan semula dengan nama bekas perdana menteri dan tokoh media terkenal, Silvio Berlusconi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lapangan Terbang Milan Malpensa, yang terletak kira-kira 50 kilometer di luar bandar, akan secara rasmi dinamakan sebagai Aeroporto Silvio Berlusconi.
Menteri Pengangkutan sayap kanan, Matteo Salvini mengumumkan pertukaran nama itu pada Jumaat selepas keputusan mengenai perkara itu dibuat oleh pihak berkuasa penerbangan Itali, ENAC.
Namun, Datuk Bandar Milan, Beppe Sala, seorang ahli politik berhaluan tengah-kiri, menegaskan bahawa nama lapangan terbang tidak boleh ditukar kerana peraturan menyatakan bahawa bangunan dan dataran awam hanya boleh dinamakan sempena seseorang yang terkenal 10 tahun selepas kematiannya.
Berlusconi, yang berkhidmat sebagai perdana menteri sebanyak empat kali walaupun menghadapi banyak skandal, meninggal dunia pada Jun 2023 pada usia 86 tahun.
Beliau dilahirkan di Milan pada 1936. Pemaju hartanah flamboyan yang menjadi mogul media itu menubuhkan parti konservatifnya sendiri, Forza Italia, pada 1990-an dan menceburi bidang politik. Beliau juga mengetuai kelab bola sepak AC Milan selama bertahun-tahun.
Tiga lapangan terbang yang berkhidmat untuk Milan ialah Malpensa, Lapangan Terbang Linate yang lebih kecil dan lapangan terbang wilayah Milan-Bergamo.
Terdapat juga perbincangan untuk menamakan Linate sempena Berlusconi.
Bulan lepas, Majlis Bandaraya Milan menghalang rancangan untuk dataran Silvio Berlusconi. Sala berkata: "Peraturan adalah untuk dipatuhi."
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Lapangan Terbang Milan Malpensa akan secara rasmi dinamakan sebagai Aeroporto Silvio Berlusconi. - Foto: Milan Malpensa Airport
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Ribut salji ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Jeju
Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula 10 pagi.

Sistem kod QR akan diperluas di lapangan terbang seluruh negara
Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi urusan imigresen akan diperluaskan di semua lapangan terbang seluruh negara.

Lapangan terbang di Los Angeles terjejas akibat kebakaran di selatan California
Beberapa lapangan terbang dan destinasi pelancongan di kawasan Los Angeles serta bahagian lain di selatan California terjejas akibat kebakaran hutan dan angin kencang.

Serangan Israel di lapangan terbang Yaman boleh lumpuh bantuan kemanusiaan - PBB
Julien Harneis memberi amaran sekiranya lapangan terbang Sanaa tidak mampu beroperasi, ia berkemungkinan melumpuhkan operasi bantuan kemanusiaan.

Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi
Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu.

MAHB catat 11.2 juta pergerakan penumpang pada November, hampir paras sebelum pandemik
Pergerakan penumpang antarabangsa menyumbang 54 peratus kepada jumlah trafik, melebihi bahagian trafik sebelum pandemik sebanyak 48 peratus.

Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.

Penumpang dilarang guna bagasi skuter di apron lapangan terbang - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau 'skuter' sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.

Gunung Berapi Lewotobi Indonesia: 127 rakyat Malaysia telah tinggalkan Labuan Bajo
127 orang meninggalkan Labuan Bajo melalui pengangkutan laut atau udara selepas operasi penerbangan domestik di sambung semula pada Rabu.