Semuanya kerana dia dilahirkan dari sperma bapanya yang dibekukan 23 tahun yang lalu.
Bapa Xavier, Alex, disahkan menghidap penyakit Hodgin's lymphoma ketika berusia 15 tahun dan dinasihatkan agar segera menjalani kimoterapi.
Alex kemudiannya membuat keputusan untuk menyimpan dan membekukan spermanya apabila diberitahu rawatan berkenaan boleh menyebabkannya mandul.
Alex dan isterinya, Vi, memulakan rawatan IVF pada tahun 2013.
Namun ia hanya berjaya setahun selepas itu dan Xavier selamat dilahirkan pada Jun lalu.
Sperma yang dibekukan kebiasaannya hanya akan disimpan selama tujuh hingga 10 tahun, namun tiada kajian saintifik yang menyatakan selama mana penyimpanan patut dihadkan.
Video kredit laman YouTube CCTV News English.