Siapa tidak trauma melihat seorang bayi baru berusia 18 bulan maut selepas jatuh dari tempat yang sangat tinggi?
Dalam kejadian yang berlaku di Newscastle House, Bradford, United Kingdom itu, seorang wanita bangsa Poland, Danuta Tomaszewicz, 59, yang sedang berbual di telefon menyaksikan bayi lelaki itu mati selepas ia jatuh dari tingkat enam sebuah apartmen.
Insiden yang berlaku pada jam 5.10 petang Sabtu itu pada mulanya disangkakan Tomaszevicz, sebagai anak patung yang jatuh dari balkoni.
"Dia mula tersedar itu adalah sememangnya bayi (bukannya patung) bila dia menyedari bayi tersebut cuba menarik nafas dan perutnya bergerak," kata anak saudaranya, Monika Tomaszewicz, seperti yang dipetik The Sun UK.
"Dia menjerit meminta bantuan lantas suami serta kawannya segera berlari ke bawah.
"Akibat kejadian itu dia tidak mampu untuk tidur langsung. Setiap kali dia memandang ke arah tingkap, pasti dia akan teringat kelibat bayi tersebut," ujarnya.
Pihak polis telah menahan seorang wanita berumur 23 tahun selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan bayi tersebut. Polis juga telah meminta saksi tampil untuk memberi keterangan.
"Insiden seumpama ini sangat memberi kesan trauma dan pegawai terlatih sedang mencuba untuk menenangkan keluarga mangsa serta mereka yang menyaksikan kejadian," kata Detektif Superitendan Nick Wallen.
Pihak ambulans tiba di lokasi kejadian selepas 20 minit sejurus menerima panggilan.
Agensi
Mon Oct 23 2017
![Bayi disangkakan 'patung' maut selepas jatuh dari tingkat enam Bayi disangkakan 'patung' maut selepas jatuh dari tingkat enam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496914208_Babyhands.jpg)
Bayi berusia 18 bulan itu maut selepas jatuh dari balkoni tingkat enam. - Gambar hiasan
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jadi tahanan selama 18 bulan, pekerja bantuan warga Itali akhirnya dibebaskan Jadi tahanan selama 18 bulan, pekerja bantuan warga Itali akhirnya dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589157276_culik.jpg)
Jadi tahanan selama 18 bulan, pekerja bantuan warga Itali akhirnya dibebaskan
Pekerja bantuan warga Itali yang diculik ketika bertugas di Kenya, diterbangkan pulang ke Rom.
![Bayi disangkakan 'patung' maut selepas jatuh dari tingkat enam Bayi disangkakan 'patung' maut selepas jatuh dari tingkat enam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496914208_Babyhands.jpg)
Bayi disangkakan 'patung' maut selepas jatuh dari tingkat enam
Dia mula tersedar itu adalah sememangnya bayi (bukannya patung) bila dia perasan bayi tersebut cuba menarik nafas dan perutnya bergerak.