Seorang bapa dilaporkan membunuh anak perempuannya yang berusia 20 tahun, bayi mereka hasil hubungan sumbang mahram di dua lokasi berasingan.

Malah, lelaki itu yang dikenali Steven Pladl, 43, turut menembak mati bapa angkat kepada anak perempuannya sebelum membunuh diri.

Anak perempuan Steven, Katie Pladl, 20 dan bapa angkatnya, Anthony Fusco, ditemui mati ditembak di bahu jalan di Connecticut di Amerika Syarikat.

Manakala bayi lelaki Steven yang berusia tujuh bulan, dikenali sebagai Bennett, hasil hubungan sumbang mahram bersama anak perempuannya, Katie turut ditemui mati di Carolina Utara, lapor portal mirror.co.uk.

Bayi itu berada dalam jagaan ibu suspek sementara dia dan Katie sedang menunggu perbicaraan mahkamah atas tuduhan sumbang mahram.

Katie dahulunya diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga pada tahun 1998 namun telah bertemu keluarga kandungnya ketika berusia 18 tahun.

Ketika bertemu pada 2016, Steven dan ibu kandung, Alyssa telah dikurniakan dua lagi cahaya mata sebelum Katie memutuskan untuk tinggal bersama mereka.

Namun begitu, segalanya hubungan sumbang mahram tersebut bermula apabila Alyssa berpindah keluar dari rumah itu dan turut membawa kedua-dua anak mereka.

Hubungan haram Katie dan Steven terbongkar apabila Alyssa terbaca diari yang ditulis anaknya berusia 11 tahun.

Steven bagaimanapun mengaku menjalinkan hubungan dengan Katie dan memutuskan untuk berkahwin dengan anak gadisnya itu.

Namun, pelbagai pergolakan berlaku ketika pasangan ini menjalinkan hubungan sebagai suami isteri sehingga berlaku pembunuhan.

Ibu Steven bagaimanapun telah menghubungi pihak polis selepas suspek membunuh Bennett.

Kejadian tragis ini telah didedahkan Ketua Polis Lawrence Capps di satu persidangan di Carolina Utara.

BACA: Gila! Cerai isteri demi kahwini anak perempuan sendiri