SEORANG bapa menawarkan buah pinggang miliknya untuk dijual semata-mata bagi membeli sebuah khemah buat keluarganya berteduh.
Jamal Baraoud mempunyai lapan anak yang masing-masing berdepan masalah kesihatan termasuk masalah buah pinggang, tumbesaran, sawan dan pelbagai lagi penyakit, lapor portal en.zamanalwsl.net.
Keadaan dirinya yang tidak mampu lagi untuk bekerja menyebabkan Jamal tidak mampu untuk menanggung kos rawatan, sekali gus menyebabkan dia nekad menjual buah pinggang atau mana-mana organ tubuh yang lain semata-mata untuk melindungi keluarganya.
Di sebalik tawaran itu, Jamal dihujani bantuan daripada orang ramai, namun dia enggan menerima bantuan kewangan, tetapi mahukan rawatan untuk anak-anaknya.
Jamal turut mendedahkan anak-anaknya sudah dua tahun tidak ke sekolah dan tekanan itu menyebabkan dia pernah terfikir untuk membunuh diri bersama kesemua anaknya.
Jamal yang merupakan pelarian Syria sebelum ini bekerja sebagai tukang jahit, namun ditahan akibat menjalankan aktiviti revolusi dan diseksa menyebabkan lehernya patah.
Kisah Jamal dimuat naik wartawan Aref Wedd menerusi akaun Facebook miliknya yang memaaparkan gambar lelaki itu memegang plakad.
“Saya dibuang kerja 27 hari lalu. Saya akan menjual buah pinggang saya untuk membeli khemah sebagai tempat berteduh keluarga saya.
"Saya hanya ada Tuhan untuk mengadu nasib,” tulisnya pada plakad berkenaan.
Agensi
Tue Mar 03 2020

Laporan berita tentang Jamal Baraoud yang mengiklankan buah pinggang miliknya untuk dijual. -Foto en.zamanalwsl.net
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.

Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.

Bapa 8 anak nekad jual buah pinggang untuk beli khemah buat keluarga berteduh
Seorang lelaki menawarkan buah pinggang miliknya untuk dijual semata-mata mahu membeli sebuah khemah untuk dijadikan tempat tinggal keluarganya di utara Syria

Tragis! Anggota badan dipercayai milik ibu dan anak ditemui
Polis menahan seorang lelaki warganegara Singapura dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian.

Dua tangan, kaki kiri ditemui di Simpang Ampat
Dua belah tangan dan kaki kiri dari paras lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tali air belakang sebuah stesen minyak di Simpang Ampat, di sini hari ini.