GAZA: Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan roti tidak lagi terjamin di wilayah Gaza yang teruk dibom oleh tentera Israel dalam perang dengan Hamas.
Ini kerana wilayah itu kini ketiadaan akses kepada telefon dan internet, kesan daripada tindak balas Zionis dalam perang di Gaza.
Timbalan Ketua Kecemasan WFP, Brian Lander berkata, dengan perang yang masih berpanjangan, pihaknya terputus komunikasi dengan dunia luar di Gaza.
Menurutnya lagi, keadaan ini mengakibatkan pihaknya tidak dapat menghubungi kakitangan WFP, kedai roti dan kedai-kedai lain, sekali gus bermakna sekeping roti harian yang sangat diperlukan keluarga Palestin sudah tidak lagi dijamin.
Tambah beliau, WFP memerlukan komunikasi, bahan api dan lebih banyak laluan selamat untuk mengelakkan keluarga Palestin daripada kelaparan.
Ia katanya, adalah keperluan mendesak dan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi.
Beliau berkata, hanya dua daripada 23 kedai roti masih beroperasi di Gaza.
Menurut Lander, bagi membolehkan 2.4 juta orang di Gaza dapat menikmati makanan yang diperlukan setiap hari, 100 trak harus melalui sempadan setiap hari hanya untuk membawa makanan.
Tentera Israel pada hujung minggu memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan agensi bantuan antarabangsa mendakwa terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza selepas Israel memutuskan internet dan komunikasi.
Data rasmi Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan, angka korban akibat perang Israel-Hamas selama lebih 3 minggu di gGza, kini melebihi 8,000 orang.
Kira-kira 70 peratus daripada kematian penduduk Palestin adalah wanita dan kanak-kanak.
Astro Awani
Sun Oct 29 2023
![Bantuan roti bagi penduduk Gaza tidak terjamin Bantuan roti bagi penduduk Gaza tidak terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698618126_PalestinianWomen.jpg)
Wanita Palestin membakar roti di luar perkarangan sekolah kendalian PBB di Rafah, Semenanjung Gaza. - Foto AP
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
URA: Akta Pembangunan Semula Bandar ganggu hak pemilik rumah - Pakar
Kerajaan tidak sewajarnya meneruskan penggubalan Akta Pembangunan Semula (Urban Development Act, URA) yang menghilangkan hak pemilik rumah.
Kolaborasi MAPIM, ZUS mahu wujudkan jenama susah senang Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM Malaysia, Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata kolaborasi MAPIM dan ZUS Coffee merupakan kolaborasi yang unik antara syarikat kopi buatan Malaysia itu untuk menjadi jenama susah senang Malaysia.
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
[TERKINI] Pemain bola sepak bawa kerambit suspek kes baling bom petrol
Polis sahkan pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa disyaki kerambit merupakan suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, pada Mei lalu.
![625,000 kanak-kanak Palestin hilang satu tahun persekolahan - UNRWA 625,000 kanak-kanak Palestin hilang satu tahun persekolahan - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715583180_schools.jpg)
625,000 kanak-kanak Palestin hilang satu tahun persekolahan - UNRWA
Seramai 625,000 kanak-kanak Palestin termasuk 300,000 pelajar UNRWA telah kehilangan satu tahun persekolahan akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza.
![Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723627196_TBAsserAyssel.jpg)
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sejumlah 115 bayi telah dilahirkan dan kemudian dibunuh semasa perang.
![Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723459801_Malaysiaakanmetera.jpg)
Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin
Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin.
![Hamas seru mesyuarat tergempar Liga Arab, OIC bagi hentikan genosid di Gaza Hamas seru mesyuarat tergempar Liga Arab, OIC bagi hentikan genosid di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722085798_Destroyedbuildings.jpg)
Hamas seru mesyuarat tergempar Liga Arab, OIC bagi hentikan genosid di Gaza
Hamas menekankan keperluan untuk membuat keputusan yang berkesan bagi menghentikan serangan dan genosid terhadap rakyat di Semenanjung Gaza serta memutuskan sebarang hubungan dengan zionis.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hampir 500 petugas kesihatan terkorban sejak serangan Israel ke atas Gaza Hampir 500 petugas kesihatan terkorban sejak serangan Israel ke atas Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719220445_medicalinstrument.jpg)
Hampir 500 petugas kesihatan terkorban sejak serangan Israel ke atas Gaza
Lebih daripada 310 petugas telah ditawan dan 130 ambulans telah dimusnahkan oleh tentera pendudukan Israel di Gaza.
![Gencatan senjata: Malaysia alu-alukan kenyataan AS, Mesir dan Qatar Gencatan senjata: Malaysia alu-alukan kenyataan AS, Mesir dan Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723349664_proPalestinedemons.jpg)
Gencatan senjata: Malaysia alu-alukan kenyataan AS, Mesir dan Qatar
Secara prinsip Malaysia sentiasa memperjuangkan keamanan dan kestabilan serta pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.
![Serangan sekolah di Gaza: Malaysia kutuk serangan disengajakan Israel Serangan sekolah di Gaza: Malaysia kutuk serangan disengajakan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723349441_Palestinians.jpg)
Serangan sekolah di Gaza: Malaysia kutuk serangan disengajakan Israel
Rejim Israel sekali lagi dengan jelas menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai sebarang niat untuk mencapai perdamaian.
![EU salur EUR43 juta untuk gaji Pihak Berkuasa Palestin EU salur EUR43 juta untuk gaji Pihak Berkuasa Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655118695_kesatuaneropahEU.jpg)
EU salur EUR43 juta untuk gaji Pihak Berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan EUR43 juta untuk membantu Pihak Berkuasa Palestin membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
![OIC sokong pendirian Malaysia kutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran OIC sokong pendirian Malaysia kutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721363304_OIC.jpg)
OIC sokong pendirian Malaysia kutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran
Negara anggota OIC sepakat dengan pendirian Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan dan kekejaman berterusan Israel.