JUMLAH bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza telah berkurangan sebanyak 67 peratus sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya di Rafah pada 7 Mei, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) .
"Jumlah makanan dan bantuan lain yang memasuki Gaza sudah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat dan telah berkurangan sejak 7 Mei dengan purata harian 58 trak bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza antara 7 Mei dan 28 Mei, berbanding purata harian 176 trak bantuan antara 1 April dan 6 Mei.
"Angka-angka ini tidak termasuk kargo dan bahan api sektor swasta," katanya dalam kemas kini mengenai Tebing Barat yang diterbitkan pada Rabu.
OCHA melaporkan bahawa tiada bantuan memasuki Gaza pada 27 dan 28 Mei melalui jeti sementara yang dibina oleh tentera Amerika Syarikat selepas satu bahagian kemudahan itu rosak akibat cuaca buruk.
Sejak ia mula beroperasi pada 17 Mei, agensi itu berkata 137 trak muatan bekalan makanan telah diangkut dari jeti.
"Digabungkan dengan pertempuran yang semakin sengit dan kekangan akses di Gaza, ini telah menjejaskan operasi kemanusiaan dan keupayaan orang ramai untuk mendapatkan bantuan menyelamatkan nyawa.
"Menurut Kluster Kesihatan, terdapat bekalan perubatan yang sangat terhad di Gaza dan ini menyebabkan kekangan utama dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan," kata agensi itu.
OCHA menyatakan bahawa pengeboman Israel dari udara, darat dan laut terus dilaporkan di banyak kawasan Semenanjung Gaza, menyebabkan lebih banyak orang awam terkorban, kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan rumah serta infrastruktur awam lain.
--BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
Bekalan perubatan sangat terhad di Gaza dan ini menyebabkan kekangan utama dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan. - AP
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Situasi di Hospital Kamal Adwan di Gaza amat berbahaya, kata pengarah
Dr Hussam berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh kerana syarat baharu Israel - Hamas
Tiada komen daripada kerajaan Israel mengenai kenyataan Hamas.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
IDF rakam detik pemusnahan dua terowong di Gaza
Menurut satu kenyataan IDF, terowong berkenaan didakwa mempunyai panjang sekitar dua kilometer.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).