Banjir itu disebabkan oleh hujan monsun tanpa henti sekali gus menyebabkan limpahan air sungai.
Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk sekitar terputus hubungan selain memerlukan makanan, air bersih, ubat-ubatan dan pakaian kering.
Kawasan terpencil di mana laluan terputus telah menghalang usaha menyelamat dan penyaluran bantuan.
Ketua penasihat kerajaan, Mohammad Yunus berkata, semua langkah yang wajar telah diambil untuk memastikan keadaan kembali normal.
Yunus, pemenang hadiah keamanan Nobel, mengetuai kerajaan sementara yang mengangkat sumpah selepas bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina melarikan diri dari negara itu berikutan pemberontakan yang dipimpin pelajar bulan ini.
Beberapa individu mendakwa, banjir tersebut berpunca daripada pembukaan pintu air empangan di India, namun dakwaan itu dinafikan New Delhi.
Jabatan Meteorologi Bangladesh memberi amaran bahawa keadaan banjir boleh berterusan jika hujan monsun berpanjangan, lantaran paras air surut dengan sangat perlahan.
Ketika ini, lebih 400 ribu orang berlindung di 3,500 tempat perlindungan di 11 daerah yang dilanda banjir.
750 pasukan perubatan berada di lapangan untuk memberikan rawatan dengan tentera darat, tentera udara, tentera laut dan pengawal sempadan Bangladesh membantu dalam operasi menyelamat.
Analisis pada 2015 oleh institut Bank Dunia menganggarkan, 3.5 juta orang di Bangladesh berisiko terkesan akibat banjir setiap tahun.