VENICE: Bandar Venice di Itali merancang untuk mengenakan bayaran masuk sebanyak 5 euro atau RM25 untuk pelancong tahun depan.
Majlis Bandar Raya Venice berkata, langkah itu sebagai usaha menguruskan aliran pelancong yang mengunjungi lokasi berkenaan dan melalui terusan bersejarahnya.
Yuran itu akan dikenakan secara percubaan pada 30 hari tahun depan, memfokuskan terutamanya pada cuti musim bunga dan hujung minggu musim panas apabila bilangan pelancongan berada di puncaknya.
Semua pelawat yang berumur 14 tahun ke atas perlu membayar yuran masuk itu.
Matlamatnya adalah untuk mencari "keseimbangan baharu antara hak mereka yang tinggal, belajar atau bekerja di Venice dan mereka yang melawat bandar itu".
Menurut ahli Majlis Pelancongan Venice, Simone Venturini, ia bukan satu langkah mencari wang namun bayaran itu hanya akan menampung kos pentadbiran skim itu.
Tarikh sebenar rancangan itu dan cara bagaimana ia dijalankan akan dipersetujui selepas kelulusan majlis akhir yang dijangkakan minggu depan.
Sementara itu, pelancong kembali membanjiri Venice dengan pengunjung luar melebihi jumlah kira-kira 50,000 penduduk pusat bandar itu.
Dengan kata lain, pelancong yang menyusuri lorong-lorong sempit di Venice mengatasi bilangan penduduknya.
Kunjungan luar atau kedatangan pelancong luar secara berlebihan sudah terlalu lama menjadi masalah di Venice.
Astro Awani
Wed Sep 06 2023

Pelancong kembali membanjiri Venice dengan pengunjung luar melebihi jumlah kira-kira 50,000 penduduk pusat bandar itu. - Foto AP
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat.

Venice kekalkan caj masuk lebih tinggi pada waktu puncak
Venice akan terus mengenakan yuran kemasukan bagi pengunjung harian apabila tempoh percubaan untuk caj itu berakhir hujung minggu ini.

Bandar Venice kenakan bayaran masuk mulai tahun depan
Semua pelawat yang berumur 14 tahun ke atas perlu membayar yuran masuk itu.

Indonesia tangguh naikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur
Cadangan menaikkan harga tiket adalah sebahagian usaha memulihara kuil yang rosak akibat vandalisme.