GENEVA: Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa selain mendesak penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza diteruskan, lapor Agensi Anadolu.
"Ketakutan terburuk kami - mimpi ngeri penduduk Gaza - nampaknya menjadi kenyataan," kata jurucakap agensi PBB itu, James Elder.
Elder menyatakan bahawa setiap amaran dan setiap "data yang mengejutkan" mengenai bilangan kanak-kanak dan ibu yang terbunuh serta rumah dan hospital yang musnah" semuanya diabaikan.
Menegaskan Rafah sebagai bandar kanak-kanak kerana lebih separuh daripada kanak-kanak Gaza tinggal di bandar itu beliau berkata: "Peristiwa hujung minggu lepas di Gaza - pembunuhan berterusan kanak-kanak, lebih banyak serangan daripada pihak yang berperang dan kini arahan evakuasi - sekali lagi mendedahkan bagaimana pihak yang terlibat dalam konflik ini terus mengabaikan nyawa serta perlindungan terhadap kanak-kanak dan orang awam."
"Itu perlu berubah. Sesungguhnya, ini adalah peluang terakhir untuk ini berubah," katanya, dan menambah: "Bantuan mesti disalurkan. Rafah tidak boleh diserang dan kanak-kanak tidak boleh dibunuh lagi."
Elder turut mengulangi gesaan UNICEF untuk menghentikan permusuhan, dengan berkata: "Bagi kanak-kanak Rafah, kami memerlukan gencatan senjata, sekarang."
Jurucakap itu menekankan bahawa Rafah adalah pintu masuk untuk kebanyakan bantuan yang masuk ke Gaza.
"Operasi ketenteraan akan merumitkan penghantaran bantuan. Jika pintu Rafah ditutup untuk tempoh yang panjang, adalah sukar untuk melihat bagaimana kebuluran di Gaza boleh dielakkan," kata Elder.
Serangan itu juga mengancam Hospital Eropah di Rafah yang merupakan antara talian hayat terakhir bagi orang awam di selatan Gaza.
Memburukkan keadaan kata Elder hanya terdapat kira-kira satu tandas untuk setiap 850 orang dan satu pancuran mandi untuk setiap 3,500 penduduk malah kini mereka diminta untuk berpindah.
Beliau berkata ratusan ribu kanak-kanak di Rafah mempunyai kecacatan, keadaan perubatan atau kelemahan yang meletakkan mereka dalam "bahaya yang lebih besar," dan menyukarkan mereka untuk berpindah.
Rafah menempatkan lebih 1.5 juta rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal setelah berlindung daripada konflik yang meletus pada 7 Okt.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Tue May 07 2024
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa selain mendesak penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza diteruskan. - Gambar fail/REUTERS
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).