Komander kanan Iraq mengisytiharkan bandar Fallujah bebas sepenuhnya dari tawanan kumpulan milita Daish, pada Ahad.

Kejayaan itu dicapai selepas lebih sebulan operasi ketenteraan dilancarkan.

Leftenan Jeneral Abdul Wahad Al-Saadi memberitahu pada Ahad tenteranya memasuki kejiranan Al-Julan, kawasan terakhir masih dalam kawalan militan berkenaan.

Jelasnya, operasi yang bermula pada akhir Mei berjaya mengusir kumpulan militan tersebut dan bandar itu disahkan bebas sepenuhnya dari militan itu.


Fallujah berada di bawah kawalan Daish sejak Januari, 2014.