HOUSTON: Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan berkata Jambatan Pelican Island yang menghubungkan ke Pulau Pelican di utara Galveston telah ditutup susulan kemalangan berkenaan.
Pengawal Pantai AS sedang bertindak balas dan akan menentukan tahap tumpahan serta memulakan proses pembendungan dan pembersihan.
Hakim Daerah Galveston, Mark Henry memberitahu FOX 7 Austin bahawa dua kru baj telah diselamatkan.
Bagaimanapun punca sebenar baj itu melanggar jambatan berkenaan masih belum diketahui.
Kemalangan itu berlaku beberapa minggu selepas sebuah kapal kargo melanggar tiang sokongan Jambatan Francis Key di Baltimore, Maryland, pada 26 Mac, mengorbankan enam nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Pengawal Pantai AS sedang bertindak balas dan akan menentukan tahap tumpahan serta memulakan proses pembendungan dan pembersihan. - Gambar/ Reuters
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Baj langgar jambatan di Oklahoma
Jabatan Pengangkutan Oklahoma berkata jambatan itu dibuka semula selepas jurutera memeriksa strukturnya.