JAKARTA: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese sekali lagi mengulangi hasrat negara ini untuk menyalurkan 470 juta dolar Australia (US$338.49 juta) kepada 10 negara anggota ASEAN dalam tempoh empat tahun, di bawah program bantuan pembangunan dua hala dan serantaunya.
"Mengeratkan hubungan dengan Asia Tenggara adalah keutamaan kerajaan saya," katanya pada sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas mengadakan pertemuan di Istana Bogor pada Isnin.
Australia akan melantik utusan serantau peringkat tinggi dan menubuhkan Pejabat Asia Tenggara di Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Australia komited untuk menyampaikan Strategi Ekonomi ASEAN yang komprehensif hingga 2040, untuk menyediakan peluang eksport dan pelaburan pada masa sekarang dan akan datang yang merentas pasaran utama ASEAN.
Albanese berkata Australia juga menyokong ASEAN Outlook di Indo-Pasifik, dan visinya untuk keamanan, kemakmuran dan keselamatan di Indo-Pasifik.
Beliau turut mengumumkan kerjasama iklim dan infrastruktur bernilai 200 juta dolar Australia dengan Indonesia.
Perdana Menteri Australia dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia bermula Isnin dan merupakan kunjungan pertama beliau sejak menjadi perdana menteri pada 23 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Albanese berkata Australia juga menyokong ASEAN Outlook di Indo-Pasifik, dan visinya untuk keamanan, kemakmuran dan keselamatan di Indo-Pasifik. - Gambar/AP
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.

PM Anwar gesa kerjasama ASEAN-Australia diperkukuh
Perdana Menteri menekankan kepada kerjasama dalam sektor utama termasuk keselamatan siber, AI, ekonomi digital dan tenaga bersih.

PM Australia pertahan tindakan kerajaan beri visa untuk rakyat Gaza
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mempertahankan keputusan kerajaan untuk mengeluarkan visa kepada mereka yang melarikan diri dari Gaza.

Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.

Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.

PM Australia tolak jemputan ke sidang kemuncak NATO
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menolak jemputan ke sidang kemuncak NATO yang akan diadakan pada minggu depan di Washington.

Bersuhabat dalam genosid: PM Australia Albanese dirujuk ke ICC
Birchgrove Legal, yang memfailkan kes itu berkata Albanese adalah pemimpin pertama negara Barat yang dirujuk kepada ICC di bawah Perkara 15 Statut Rom.

PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.

Kawalan keselamatan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia diperketat
Sidang khas itu akan dihoskan PM Australia Anthony Albanese ketika negara itu meraikan ulang tahun ke-50 sebagai rakan luar pertama ASEAN.

PM Australia umum pertunangan dengan Jodie Haydon
Anthony Albanese yang berusia 60 tahun melamar kekasihnya, Jodie Haydon, 45, pada Hari Kekasih di kediaman rasmi Perdana Menteri.