Berita sedih itu disahkan Ketua Jawatankuasa Olimpik Uganda, Donald Rukare selepas atlet berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan parah atas perbuatan kejam teman lelakinya.
Reuters melaporkan, tubuh Cheptegei melecur lebih 75 peratus dan semua organnya tidak berfungsi sejak Rabu malam.
Kejadian menyayat hati itu berlaku hanya beberapa minggu selepas Cheptegei menyertai maraton di Sukan Olimpik Paris, di mana dia menduduki tempat ke-44.
Sementara itu, media Kenya melaporkan kejadian serangan yang berlaku di kediamannya itu turut disaksikan salah seorang anak perempuan mangsa.
Difahamkan, polis telah menahan seorang lelaki dikenali sebagai Dickson Ndiema Marangach atas dakwaan menyimbah petrol sebelum membakar mangsa.
Pada 2021, Agnes Tirop dari Kenya ditemukan mati ditikam di rumahnya di bandar Iten, Rift Valley pada 13 Oktober.
Tirop memecah rekod dunia 10 kilometer wanita di Jerman dan memenangi pingat gangsa di Kejohanan Dunia 2017 dan 2019 dalam acara 10,000 meter.