HAWAII: Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada 26 Disember lalu.
Memetik laporan CNA, kakaknya, Angela Lee, mengesahkan kematian Victoria yang baru berusia 18 tahun itu pada hari ini (8 Januari).
"Pada 26 Disember 2022 keluarga kami mengalami keadaan yang diharapkan tidak perlu dilalui oleh keluarga lain," kata Angela Lee dalam catatan di Instagram.
Tambahnya, amat berat untuk memberitahu berita ini kepada pengikutnya.
"Amat sukar untuk mengumumkan hal ini. Victoria kami meninggal dunia. Dia pergi terlalu cepat dan keluarga kami benar-benar hancur sejak itu. Kami merinduinya. Lebih daripada segala-galanya di dunia ini. Keluarga kami tidak akan pernah sama. Kehidupan tidak akan pernah sama,” tulisnya.
Kematian Victoria Lee di Hawaii diumumkan secara terbuka oleh Taman Memorial Valley of the Temples di Kaneohe, Jumaat lalu namun punca kematiannya tidak diberitahu kepada umum.
Dilahirkan di Hawaii, Victoria Lee mewakili dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sebagai ahli pasukan MMA United dan Evolve MMA.
Victoria dilantik sebagai penolong tenaga pengajar di Evolve MMA, rangkaian gim seni bela diri di Singapura.
Menurut South China Morning Post, mendiang dijadualkan bertanding dalam perlawanan MMA Profesional keempatnya menentang Zeba Bano di India pada 14 Januari di Bangkok.
Faida Rahim
Sun Jan 08 2023

Kakak Victoria, Angela Lee, mengesahkan kematian Victoria yang baru berusia 18 tahun itu pada hari ini (8 Januari)- FB Victoria Lee

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov.

Atlet MMA Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun
Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada 26 Disember lalu.

'Ini cinta pertama saya' - Khabib sedia terima tawaran kelab bola sepak
Bekas jaguh UFC Khabib Nurmagomedov kini menyatakan kesediaan untuk menerima tawaran untuk bermain dalam kelab bola sepak.

Conor McGregor atlet dengan bayaran termahal di dunia, atasi Messi dan Ronaldo
McGregor memanfaatkan popularitinya dalam sukan seni bela diri campuran (MMA) dengan meraih pendapatan sebanyak AS$180 juta.

'The Aligator' tidak sabar turun semula ke gelanggang
Beliau kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas mengikuti kem latihan di Akademi Seni Bela Diri Campuran (MMA) Jackson Wink di Albuquerque, New Mexico.

UFC: Kamaru Usman cipta sejarah pertahan gelaran welterweight
Kamaru Usman menumbangkan Gilbert Burns untuk mempertahankan kejuaraan welterweight championship di UFC 258.

AJ Pyro lelong sarung tangan demi bantu rakan baik
Peninju profesional sukan seni tempur campuran (MMA) AJ Pyro Lias Mansor sanggu menjual sarung tangan kesayangannya demi membantu sahabatnya.

Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia
Abdulmanap merupakan antara individu yang bertanggungjawab melatih Khabib sejak kecil sehingga anaknya kini bergelar juara lightweight UFC.

'Ya Allah, kembalikanlah dia kepada kami' - Khabib sahkan bapa kritikal akibat COVID-19
Khabar angin berhubung keadaan kesihatan bapa kepada bintang UFC Khabib Nurmagomedov akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bahawa bapanya menderita dengan jangkitan COVID-19.

Hikmah COVID-19, peninju Jerman peluk Islam, tidak sabar menanti Ramadan
Terbaharu, dia berkata Ramadan merupakan satu tarikh yang dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi ibadah puasanya buat kali pertama.