Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin berkata ASEAN kekal sebagai kumpulan serantau yang relevan di dunia dan perlu memperkukuh kerjasama dalam menghadapi pelbagai cabaran dan pengaruh kuasa-kuasa besar.
Beliau berkata banyak pihak mungkin mendakwa ASEAN hari ini tidak seaktif dahulu, tetapi mereka tidak boleh nafikan hakikat bahawa blok ekonomi 10 negara anggota itu adalah antara segelintir kumpulan serantau yang telah dapat meneruskan kelangsungannya sehingga kini.
"Jika satu daripada kita (negara-negara anggota ASEAN) melibatkan diri dalam rundingan antarabangsa, ini tidak membawa banyak kesan dan pengaruh dalam hujahan. Oleh itu adalah lebih baik kita adakan perbincangan sebagai ASEAN dan bergerak sebagai satu kumpulan mewakili 10 negara anggota.
"Bagaimanapun, jika anda lihat pada banyak rantau di dunia, anda akan dapati ASEAN adalah satu di antara segelintir rantau damai dan stabil di dunia kerana kita bekerjasama.
"ASEAN masih tetap relevan dan saya harap ia terus memperkukuh dirinya menerusi kerjasama lebih luas dalam kalangan negara-negara anggota," kata beliau.
Dr Mahathir, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja bermula Isnin, menyatakan demikian pada sesi dialog mengenai "Balancing Relations with the Superpowers in the Context of ASEAN" di Royal University of Phnom Penh (RUPP) di sini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dan Rektor RUPP Dr Chet Chealy.
Ditanya tentang kemungkinan negara-negara anggota ASEAN keluar dari blok itu seperti United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah (EU), Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir ini akan berlaku".
Katanya, ASEAN adalah sebuah persatuan negara-negara yang mengekalkan identiti dan cara melakukan urusan masing-masing tetapi blok ini akan membuat pendirian bersama dari sudut perdagangan.
"Kami sebuah persatuan negara-negara yang longgar. Kami hidup aman dan makmur untuk semua.
"Jika sesebuah negara ingin meninggalkan ASEAN, ia tidak akan merosakkan ASEAN… Saya tidak fikir ini akan berlaku dalam kumpulan ASEAN," kata beliau.
Tentang perang dagang yang sedang berlaku antara Amerika Syarikat (AS) dan China, Dr Mahathir berkata itu hanya membazirkan masa dan wang, dan satu tindakan amat tidak produktif.
Menyifatkan perang dagang itu sebagai tidak bijak, beliau berkata AS dan China perlu cuba berunding atau mewujudkan badan timbangtara bagi mencari penyelesaian di mahkamah undang-undang.
"Apapun mereka adalah manusia, terutama AS yang sering menggesa kita menerima kedaulatan undang-undang.
"Perang dagang tidak selaras dengan kedaulatan undang-undang. Jadi saya harap mereka yang mengajar tentang demokrasi dan kedaulatan undang-undang hendaklah turut mematuhi peraturan yang sama yang mereka anjurkan untuk negara-negara lain."
Sementara itu, Dr Mahathir dikurniai Anugerah Felo Kehormat oleh RUPP atas pencapaian cemerlang beliau dalam beberapa dekad demi penambahbaikan dunia dan pemodenan Malaysia, serta usaha beliau "merawat" penyakit politik, sosial dan ekonomi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 02 2019
Reaksi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mengadakan pertemuan dengan komuniti Islam di Kemboja, 2 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
ASEAN tetap relevan, perlu perkukuh kerjasama hadapi kuasa-kuasa besar - Dr M
Tidak boleh dinafikan, blok ekonomi 10 negara anggota itu adalah antara segelintir kumpulan serantau yang telah dapat meneruskan kelangsungannya sehingga kini.