KUALA LUMPUR: Asean "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan udara junta tentera Myanmar ke atas sebuah kampung pada Selasa, yang dilapor telah mengorbankan sehingga 100 orang termasuk orang awam.
Indonesia selaku Pengerusi Asean, dalam satu kenyataan memaklumkan segala bentuk keganasan mesti ditamatkan serta-merta, khususnya kekerasan terhadap orang awam.
"Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mewujudkan dialog nasional yang inklusif demi mencari penyelesaian damai yang mampan di Myanmar," menurut satu kenyataan di dalam laman sesawang Sekretariat Asean.
Pengerusi Asean itu turut mengulangi komitmen blok 10 anggota untuk terus membantu Myanmar dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan berpanjangan melalui pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara.
Menurut laporan media, serangan udara terhadap kawasan Sagaing adalah yang paling membawa maut dalam rentetan serangan udara tentera baru-baru ini, dan telah mendapat kecaman global.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam responsnya terhadap serangan udara itu menegaskan bahawa Malaysia menentang sebarang bentuk keganasan atau layanan kasar terhadap orang awam.
"Pendirian Malaysia, kami menentang sebarang bentuk keganasan yang berlaku di Myanmar dan itu juga pendirian Asean secara keseluruhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Kesan pelancaran roket oleh tentera ke perbandaran Pazigyi di wilayah Sagaing pada Selasa menyebabkan lebih 100 orang awam terbunuh. - Gambar/ AP
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Malaysia akan manfaatkan FinTech dalam perjanjian perdagangan ASEAN – Tengku Zafrul
Teknologi kewangan (FinTech) boleh berperanan sebagai instrumen utama dalam semua perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan ASEAN.
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia persiapkan ASEAN untuk masa depan berdaya tahan dengan tema Pengerusian 2025
Tema Kepengerusian ASEAN 2025, "Keterangkuman dan Kelestarian" mencerminkan komitmen kolektif rantau ini untuk membentuk masa depan yang saksama dan berdaya tahan.
Pendirian neutral ASEAN faktor penting serlah kepengerusian Malaysia - Tengku Zafrul
Ia menjadi faktor penting yang mampu "menyelamatkan" kebanyakan rantaian bekalan dunia yang kritikal.
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Tegas Anwar, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.