KUALA LUMPUR: Arab Saudi memansuhkan had umur untuk pelawat dan jemaah memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sama ada bagi tujuan umrah mahupun ziarah, dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'.
Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya pada Ahad menyatakan tiada lagi had umur ditetapkan bagi pelawat dan jemaah umrah memasuki Dua Masjid Suci.
"Hanya perlu status imun dalam aplikasi Tawakalna dan memiliki permit sah sewajarnya menerusi aplikasi Eatmarna", menurut hantaran MoHu di laman Twitternya.
Sebelum ini, hanya pelawat dan jemaah berumur tujuh tahun ke atas dan telah lengkap divaksin dibenarkan memasuki kedua-dua masjid itu.
MoHU juga dijangka melonggarkan SOP dan langkah-langkah pencegahan lain seperti penjarakkan sosial dan fizikal memandangkan kes COVID-19 di negara itu terus mencatatkan penurunan ketara, sebagai persediaan meningkatkan kapasiti jemaah pada bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sementara itu, akhbar Saudi 'Okaz' yang memetik sumber kementerian menyatakan kelonggaran itu diberikan berikutan peningkatan kadar vaksinasi di kalangan kanak-kanak berusia antara 5 hingga 11 tahun di negara itu.
Awal bulan ini, Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut berkongsi SOP semasa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang antara lain menyenaraikan hanya individu berusia 12 tahun ke atas dibenarkan mengunjungi Dua Masjid Suci berkenaan.
Sehingga 12 tengahari Ahad, Arab Saudi merekodkan 632 kes baharu COVID-19, 995 kes sembuh dan dua kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022

Arab Saudi memansuhkan had umur untuk pelawat dan jemaah memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sama ada bagi tujuan umrah mahupun ziarah, dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'. - Gambar fail

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.

Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.

Had umur 30 tahun belia Malaysia berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Hannah
Had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.

Had umur jemaah haji ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi
Syarat ketat yang ditetapkan adalah untuk melindungi keselamatan kesihatan seluruh jemaah haji tahun ini.

Arab Saudi mansuh had umur memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Pelawat dan jemaah dibenarkan masuk dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'.

Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh 18 anak muda Malaysia bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan Undi 18.

COVID-19: Sepanyol hapus had umur guna vaksin AstraZeneca
Sepanyol menghapuskan had umur 65 tahun ke atas untuk vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.