SAN FRANCISCO: Forum Pelbagai Pihak Berkepentingan APEC (AMF) membuka tirai Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2023 di San Francisco pada Sabtu seiring inisiatif menangani impak perubahan iklim dan peralihan yang adil terhadap setiap lapisan masyarakat di rantau ini.
Sekretariat APEC berkata, objektif AMF yang kali pertama dianjurkan itu adalah jelas iaitu untuk menyerlahkan penglibatan langsung peringkat komuniti yang mengambil kira keperluan kumpulan rentan dalam mendepani peralihan global ke arah ekonomi karbon sifar bersih.
Menurut Pegawai Kanan Amerika Syarikat untuk APEC, Duta Besar Matt Murray, salah satu isu kritikal yang dihadapi golongan rentan termasuk masyarakat umum di seluruh dunia ialah perwakilan mereka dalam dialog dasar iklim dan proses membuat keputusan adalah terhad.
“Walaupun kesan perubahan iklim memberi kesan kepada semua orang, ia tidak menjejaskan semua komuniti secara sama rata.
“Sebilangan masyarakat di rantau APEC selalunya mereka yang secara sejarah tidak mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan untuk menangani krisis iklim, malah lebih mencabat apabila merekalah yang akan mengalami penderitaan yang lebih besar.
"Kami mempunyai tanggungjawab untuk melibatkan diri secara aktif dengan pelbagai suara dan perspektif dalam perbincangan iklim.
“Bagaimanapun, ini bukan sahaja perkara yang betul untuk dilakukan. Ia juga merupakan cara yang paling berkesan untuk melakukannya.
“Dengan membawa pengalaman dan pengetahuan unik semua kumpulan, kami boleh mencari penyelesaian paling berkesan untuk penyesuaian iklim dan mitigasi untuk semua,” katanya semasa pembukaan forum tersebut.
Ekonomi APEC sedang bergelut dengan cabaran pembaharuan struktur yang luas dan kompleks untuk menyahkarbon rantaian bekalan, bekalan tenaga dan sistem pengangkutan dunia.
Menurut APEC, keperluan untuk menangani kesan peralihan ini ke atas masyarakat yang pelbagai di rantau ini dari perspektif akar umbi adalah perkara yang semakin mendesak.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Tan Sri Rebecca Sta Maria berkata, AMF menggariskan keperluan mendesak untuk tindakan kolektif untuk menangani cabaran iklim.
Jelasnya, perbincangan tertumpu pada menggalakkan amalan mampan untuk menekankan kepentingan memupuk kesaksamaan dan keterangkuman sosial.
“AS sebagai tuan rumah APEC sedang memajukan kerangka kerja berkenaan peralihan tenaga, menggerakkan kita ke ekonomi rendah karbon sambil menggalakkan ekuiti dan keterangkuman.
“APEC mempunyai beberapa pilihan dasar, merangkumi sokongan untuk akses kepada kerja yang baik kepada pembaharuan struktur yang komprehensif, memastikan bahawa kita mempunyai dasar yang menggalakkan amalan mampan dan jaringan keselamatan sosial,” kata beliau.
Ujarnya, dialog seperti ini menyediakan platform untuk pihak berkepentingan membincangkan penyertaan, khususnya bagi kumpulan masyarakat yang kurang diwakili terutama mereka yang terdedah kepada krisis tenaga dan kesediaan teknologi dan perubahan iklim.
AMF 2023 dianjurkan oleh World Affairs dan Commonwealth Club dengan sokongan Jabatan Negara AS dan Sekretariat APEC.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Nov 12 2023
Forum Pelbagai Pihak Berkepentingan APEC (AMF) yang julung kali diadakan membuka tirai persidangan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2023 di San Francisco, California. - Gambar AMF Secretariat
Pesawat Qatar jejak Damsyik buat pertama kali
Sebuah pesawat Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk ambulans, bekalan makanan, dan ubat-ubatan tiba di lapangan terbang antarbangsa Damsyik, Syria buat pertama kali pasca kejatuhan Assad pada Isnin.
Menteri Israel ugut bunuh pemimpin Houthi Yemen
Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen, dilaporkan mengancam untuk membunuh pemimpin Houthi Yemen, Abdul-Malik al-Houthi dalam temu bual bersama stesen radio Israel.
Jumlah kanak-kanak Gaza maut akibat kesejukan meningkat
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa angka kematian akibat hipotermia di kalangan rakyat Palestin kini meningkat kepada tujuh orang disebabkan rakyat Palestin yang berlindung di khemah-khemah sementara, terutama di kawasan al-Mawasi menderita akibat cuaca sejuk melampau.
PGA rampas kosmetik Thailand bernilai lebih RM100,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan pada Isnin berkata rampasan dilakukan di sebuah stor pangkalan haram Syed Mior, Pasir Mas oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA pada 10.30 pagi Ahad.
MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan dalam keadaan pelarasan premium MHIT
Pemegang polisi perlu memanfaatkan sepenuhnya langkah itu dan mengutamakan pengekalan perlindungan insurans masing-masing.
Gelombang ketiga tidak teruk, penduduk tetap berjaga-jaga
Penduduk di Hulu Terengganu lega banjir gelombang ketiga yang bermula pada petang Ahad lalu tidak begitu teruk berbanding sebelumnya, tetapi mereka tetap berjaga-jaga kemungkinan buruk yang mungkin timbul pada gelombang seterusnya.
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
Lebih 30 laporan polis diterima di Sabah terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.
Rusia, Ukraine tukar 300 tahanan perang
Rusia dan Ukraine pada Isnin lakukan pertukaran 300 tahanan perang.
Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS mengekalkan keputusan juri yang mendapati Trump telah melakukan serangan seksual terhadap E. Jean Carroll.
[KOLUMNIS] Malaysia: Sebuah negara progresif di peringkat antarabangsa
Penulis menyaksikan sendiri bagaimana Perdana Menteri secara tegas mewakili Malaysia melonjak isu penderitaan warga Palestin serta krisis kemanusiaan yang berlaku saat ini.
PM Anwar dijadual adakan pertemuan dua hala dengan Justin Trudeau
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemua dua hala dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini pada Jumaat.
Perjanjian perdagangan Indo-Pasifik: Satu tonggak dimeterai, dua dimuktamad dan perdagangan belum diputuskan
IPEF terdiri daripada empat tonggak utama: Perdagangan, Rantaian Bekalan, Tenaga Bersih dan Ekonomi Saksama.
APEC 2023: PM sertai dialog bersama 21 pemimpin dunia
Anwar juga dijadual menghadiri Dialog Majlis Perniagaan APEC dengan Pemimpin Ekonomi APEC yang akan dihoskan Kamala Harris.
APEC 2023: Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam, Peru
Anwar dan Van Thuong turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama membanteras penangkapan hasil laut secara haram di perairan Malaysia.
Google, Kerajaan Malaysia jalin kerjasama strategik sasar cipta 300,000 peluang pekerjaan menjelang 2026
Anwar berkata, komitmen terbaharu Google ini pasti akan meningkatkan daya saing digital negara, selaras dengan NIMP 2030.
Meritokrasi: Langkah afirmatif tidak seharusnya berasaskan kaum - PM Anwar
Tindakan afirmatif adalah perlu bagi memastikan golongan miskin dan terpinggir mendapat peluang sama rata.
APEC 2023: PM Anwar, delegasi tiba di San Francisco
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC.
APEC 2023: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, hasrat ketengah situasi di Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin APEC di San Francisco.
APEC 2023: 21 ekonomi dunia mula berhimpun di San Francisco
Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2023 yang dihoskan Amerika Syarikat dan dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden membuka tirai secara rasmi di San Francisco.