RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, terletak kira-kira 35 kilometer (km) utara Riyadh pada 12 tengah hari (5 petang waktu Malaysia).
Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia termasuk Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil disambut oleh Timbalan Gabenor Riyadh Putera Muhammad bin Abdulrahman bin Abdul Aziz.
Turut berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Anwar ialah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan isteri Datin Zuhaila Abd Latiff.
Setibanya di hotel penginapan di sini, Anwar dan delegasi disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Pemimpin dan delegasi daripada negara anggota OIC akan berkumpul pada sidang kemuncak itu yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Sebelum sidang kemuncak itu, dua mesyuarat persediaan diadakan iaitu Mesyuarat Pegawai Kanan OIC (SOM) pada 9 Nov dan Mesyuarat Peringkat Menteri OIC pada 10 Nov, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar semalam.
Perhimpunan itu berlangsung di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz, Riyadh susulan penglibatan meluas Anwar dengan beberapa pemimpin OIC mengenai isu Palestin dan pencerobohan tentera Israel yang berlarutan.
Semasa sidang kemuncak itu, Anwar akan sekali lagi menyatakan pendirian tidak berbelah bahagi Malaysia berhubung keperluan penting untuk menghentikan tindakan pembunuhan kejam oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, dengan muktamad dan selama-lamanya.
Krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza itu memerlukan perhatian segera dan Perdana Menteri akan menyokong negara anggota OIC dan komuniti antarabangsa untuk menangani kesusahan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin.
Sidang kemuncak tergempar itu dijangka menerima pakai Kenyataan Akhir (Final Communique).
Serangan berterusan tanpa henti rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak kira-kira sebulan yang lepas telah mengorbankan lebih 11,000 nyawa, dengan sebahagian besar daripadanya ialah penduduk awam terutamanya wanita dan kanak-kanak.
Beribu-ribu penduduk pula masih tidak dapat dikesan dan dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah dibedil.
Menurut pertubuhan hak asasi manusia, pengeboman oleh Israel menyaksikan pesawat pejuangnya menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, yang bersamaan dengan dua bom nuklear.
Sebagai perbandingan, bom atom yang dijatuhkan oleh Amerika Syarikat di Hiroshima, Jepun ketika Perang Dunia kedua menghasilkan 15,000 tan bahan letupan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, pada 12 tengah hari (5 petang waktu Malaysia). - Gambar/ Bernama
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.