Reuters melaporkan, anjing yang bernama Cola itu dtelah ditetak di bahagian kedua-dua kaki hadapannya dengan sebilah pedang kira-kira setahun lalu oleh seorang jiran pemiliknya di Bangkok.
Yayasan Anjing Soi, iaitu badan kebajikan haiwan di Phuket, telah menghubungi pakar bedah untuk merawat dan memasangkan Cola dengan kaki baharu diperbuat daripada gentian karbon berteknologi tinggi, menyamai material yang digunakan oleh atlet Paralimpik.
Kini, Cola sudah kembali berlari dengan 'teman-teman'nya.
Pengasas yayasan berkenaan, John Dalley berkata Cola sekarang ini malah sudah bersedia untuk kembali percaya kepada manusia.
![Cola sedang bermesra bersama pengasas Yayasan Anjing Soi, John Dalley, di Phuket, Thailand. - Reuters](http://img.astroawani.com/2017-12/41513611437_freesize.jpg)