Taman itu menjana pendapatan sebanyak AS$27.17 juta hasil jualan tiket dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 33.8 peratus daripada AS$20.3 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor Xinhua memetik kenyataan Angkor Enterprise milik kerajaan.
Pada Julai tahun ini sahaja tapak arkeologi itu menarik 62,425 pelancong asing, menjana pendapatan sebanyak AS$2.82 juta, meningkat 16 peratus dan 15 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu, menurut laporan itu.
Terletak di barat laut wilayah Siem Reap, Taman Arkeologi Angkor seluas 401 kilometer persegi itu menempatkan 91 kuil kuno yang dibina dari abad kesembilan hingga abad ke-13.
Taman itu disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1992, merupakan destinasi pelancongan paling popular di negara Asia Tenggara itu.
-- BERNAMA