Madonna melawat tapak penggalian bandar Rom yang tertimbus di selatan Itali pada petang Jumaat.
Belanjawan tahunan untuk projek itu berjumlah EUR250,000 (AS$275,000).
Pada malam ulang tahunnya, Madonna mula-mula diberikan lawatan oleh pengarah Jerman tapak arkeologi itu, Gabriel Zuchtriegel. Bandar itu tertimbus akibat letusan Gunung Vesuvius pada 79 Masihi.
Kemudian, beliau bertemu dengan kumpulan projek Sogno di Volare ("I Dream of Flying"), yang membuat persembahan drama klasik di Teatro Grande di Pompeii.
Sogno di Volare disokong oleh Taman Arkeologi kerana ia berusaha untuk melibatkan penduduk tempatan dalam kehidupan budaya tapak UNESCO berkenaan.
Projek ini bertujuan untuk melibatkan, menyokong dan mempromosikan belia dari kawasan itu dan sekitar Pompeii di wilayah Campania di selatan Itali, yang bergelut dengan kadar keciciran sekolah yang agak tinggi, pengangguran belia dan penghijrahan.
Madonna yang nenek moyangnya berasal dari wilayah Adriatik di Abruzzo dan berhijrah ke AS, sering bercuti di Itali.
-- BERNAMA