Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 40,435 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 93,534 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di seluruh kawasan konflik kerana pasukan tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.
-- BERNAMA