KHARTOUM: Angka kematian akibat pertempuran berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan mencecah 83, manakala 1,126 lagi cedera, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.
WHO dalam satu kenyataan menggesa pihak yang terlibat supaya menghormati kesaksamaan dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menjamin akses tanpa had kepada kemudahan penjagaan kesihatan ke atas mereka yang cedera dalam konflik.
Dua ahli keluarga Menteri Galian Sudan Mohamed Bashir terbunuh apabila roket mengenai rumahnya di ibu negara Khartoum semasa pertempuran itu, lapor Agensi Anadolu.
Tiga lagi cedera, termasuk dua pengawal peribadi. Bashir bagaimapun terselamat.
Pada Sabtu, bangunan Kementerian Mineral turut menjadi sasaran.
Sementara itu, Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dalam satu kenyataan berkata, RSF menyasarkan beberapa bangunan di ibu pejabat tentera di ibu negara dan melakukan serangan dengan penembak tepat.
Sambil menggesa anggota RSF segera menyertai tentera untuk berkhidmat kepada negara, beliau berkata: "Kami tahu bahawa ahli RSF yang pernah berkhidmat kepada negara sebelum ini tidak akan menjadi alat untuk memenuhi matlamat dan agenda seseorang. Negara masih memerlukan sokongan anda."
Keadaan itu akan diselesaikan tidak lama lagi, katanya.
Perselisihan antara tentera dan RSF mengenai pembaharuan keselamatan tentera, yang bermatlamat "menyerap sepenuhnya RSF ke dalam tentera" bertukar menjadi konflik panas dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Pertikaian yang berkisar kepada cadangan peralihan kepada pemerintahan awam itu meletus pada Khamis apabila tentera mendakwa pergerakan RSF baru-baru ini dilakukan tanpa penyelarasan dan menyalahi undang-undang.
Sudan tidak mempunyai kerajaan sejak Oktober 2021 apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat, tindakan yang dikecam oleh kumpulan politik sebagai "rampasan kuasa".
Tempoh peralihan Sudan yang bermula pada Ogos 2019 dijadual berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
![Angka kematian di Sudan meningkat kepada 83 Angka kematian di Sudan meningkat kepada 83](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681616294_Sudan.jpg)
Angka kematian akibat pertempuran berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan mencecah 83, manakala 1,126 lagi cedera. -Gambar fail/AP
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Angka kematian di Sudan meningkat kepada 83 Angka kematian di Sudan meningkat kepada 83](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681616294_Sudan.jpg)
Angka kematian di Sudan meningkat kepada 83
WHO menggesa pihak terlibat supaya menghormati kesaksamaan dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menjamin akses tanpa had.
![Pemimpin Afrika Timur gesa gencatan senjata di Sudan Pemimpin Afrika Timur gesa gencatan senjata di Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681690569_TBSUDAN.jpg)
Pemimpin Afrika Timur gesa gencatan senjata di Sudan
Para pemimpin berkenaan memutuskan untuk menghantar presiden Kiir, Ruto dan Guelleh untuk mendamaikan kumpulan yang berkonflik secepat mungkin.
![Organisasi antarabangsa, negara seru keganasan di Sudan dihentikan Organisasi antarabangsa, negara seru keganasan di Sudan dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671608340_PBB.jpg)
Organisasi antarabangsa, negara seru keganasan di Sudan dihentikan
PBB menyeru para pemimpin untuk segera menghentikan permusuhan, memulihkan keamanan dan memulakan dialog untuk menyelesaikan krisis semasa.
![Pertempuran tentera Sudan, RSF berlanjutan, pesawat Saudi Airlines, PBB rosak Pertempuran tentera Sudan, RSF berlanjutan, pesawat Saudi Airlines, PBB rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681616294_Sudan.jpg)
Pertempuran tentera Sudan, RSF berlanjutan, pesawat Saudi Airlines, PBB rosak
Konflik antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) berlanjutan hingga Sabtu malam di ibu negara Khartoum, mencetuskan kebimbangan terhadap konflik yang lebih meruncing di negara itu.