ANGIN kencang yang menyebabkan kebakaran ketiga terbesar dalam sejarah California dijangka 'menyemarakkan' lagi api pada Ahad yang kini telah memusnahkan kawasan hampir 110,000 hektar.
Kira-kira 8,500 anggota bomba dan penyelamat dikerah bagi mengawal api tersebut yang digelar ‘Thomas Fire’ di selatan California yang bermula pada 4 Disember lalu.
Setakat ini lebih daripada 1,000 bangunan musnah dalam kejadian tersebut dengan 18,000 lagi dalam keadaan bahaya termasuk di bandar Montecito berdekatan dengan bandar tepi pantai Santa Barbara.
Keadaan diramal akan bertambah baik pada Ahad di Santa Barbara dengan kelajuan angin 90 kilometer (km) sejam di beberapa kawasan di Ventura dan Los Angeles, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat.
Kebakaran tersebut, yang berpusat kurang daripada 160 km utara Los Angeles, memaksa beribu penduduk berpindah dan menyebabkan keadaan jerebu yang teruk.
Setakat ini 40 peratus daripada kebakaran itu telah berjaya dipadamkan meskipun keadaan dirumitkan lagi oleh angin panas Santa Ana.
Lebih daripada 970 jentera dan 34 helikopter dikerahkan bagi memadamkan api tersebut.
“Ia sangat besar tapi kami yakin ia akan dapat dipadamkan,” kata Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Santa Barbara, Martin Johnson.
Menurut Jabatan Bomba California, lima daripada 20 kebakaran teruk dalam sejarah telah memusnahkan negeri itu pada 2017.
Kebakaran ‘Thomas Fire’ ini merupakan yang ketujuh terburuk dalam sejarah California dan telah memaksa sekolah ditutup selama beberapa hari, menutup jalan utama ke negeri itu dan menyebabkan ratusan ribu penduduk terpaksa berpindah.
Keadaan ini juga menyebabkan kualiti udara di seluruh kawasan selatan California menjadi teruk.
Pada Sabtu, penduduk di daerah Santa Barbara diarah berpindah susulan angin kencang dan keadaan kering di kawasan itu.
Di Montecito pula, asap tebal menghalang kapal terbang bomba menjatuhkan pelambat kebakaran. Arahan berpindah yang dikeluarkan ke atas bandar Ventura ditarik balik pada Sabtu.
Anggota bomba California, Cory Iverson, 32, menjadi mangsa pertama kebakaran itu semasa cuba memadamkan api berdekatan daerah Ventura pada Khamis.
Menurut laporan bedah siasat, Iverson maut akibat terhidu asap tebal dan kebakaran yang teruk.
Reuters
Sun Dec 17 2017
![Angin kencang semarakkan 'Thomas Fire' di California Angin kencang semarakkan 'Thomas Fire' di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513508440_Firefighters.jpg)
Anggota bomba memperhatikan kebakaran hutan Thomas Fire di Montecito, Calfornia pada 16 Disember 2017. - REUTERS/Gene Blevins
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Masalah angin perkara biasa - Rashid Masalah angin perkara biasa - Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673445560_KejohananBadminton.jpg)
Masalah angin perkara biasa - Rashid
Masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun.
![Regatta RLIR 2023 disambung semula dengan hanya satu perlumbaan hari ketiga Regatta RLIR 2023 disambung semula dengan hanya satu perlumbaan hari ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673558218_RegattaAntarabangsa.jpg)
Regatta RLIR 2023 disambung semula dengan hanya satu perlumbaan hari ketiga
Bagaimanapun, 25 kapal layar tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat tiada tipuan angin minimum lima knot ke atas.
![Bayi selalu kembung perut? Ini tip berkesan bagi merawat dan mencegah keadaan itu Bayi selalu kembung perut? Ini tip berkesan bagi merawat dan mencegah keadaan itu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631495757_TBBABY.jpg)
Bayi selalu kembung perut? Ini tip berkesan bagi merawat dan mencegah keadaan itu
Mari kita fahami punca bayi kembung perut dan cara mengatasinya seperti dikongsi oleh seorang doktor.
![Kejadian kepala air disebabkan hujan berintensiti tinggi - MetMalaysia Kejadian kepala air disebabkan hujan berintensiti tinggi - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629374606_TBBANJIRKILAT.jpg)
Kejadian kepala air disebabkan hujan berintensiti tinggi - MetMalaysia
Ia menyebabkan akar pokok atau kawasan tadahan air tidak dapat menampung atau menahan air tersebut untuk diserap ke dalam tanah.
![Olimpik Tokyo: Khairulnizam di landasan tepat di sebalik cabaran cuaca buruk Olimpik Tokyo: Khairulnizam di landasan tepat di sebalik cabaran cuaca buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627394902_KhairulnizamMohdAf.jpg)
Olimpik Tokyo: Khairulnizam di landasan tepat di sebalik cabaran cuaca buruk
Biarpun berdepan cabaran ombak tinggi, Khairulnizam Mohd Afendy berada di landasan tepat untuk mencapai objektif diletakkan ke atasnya, di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
![Lelaki sembunyi di bawah gaun pengantin perempuan Lelaki sembunyi di bawah gaun pengantin perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623732548_bajupengantin.jpg)
Lelaki sembunyi di bawah gaun pengantin perempuan
Tindakannya itu bagi membantu wanita tersebut berjalan sebelum ketika upacara perkahwinan berlangsung.
![25 rumah atas air di Tanjung Aru musnah terbakar 25 rumah atas air di Tanjung Aru musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621901853_FIREKGTGARU.jpg)
25 rumah atas air di Tanjung Aru musnah terbakar
Penduduk cuba memadam api menggunakan baldi berisi air namun api marak begitu cepat disebabkan struktur rumah yang berasaskan kayu serta faktor angin.
![Angin ribut: Lebih 30 pokok tumbang, tujuh menimpa rumah di Pantai Remis Angin ribut: Lebih 30 pokok tumbang, tujuh menimpa rumah di Pantai Remis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620171844_Anginribut.jpg)
Angin ribut: Lebih 30 pokok tumbang, tujuh menimpa rumah di Pantai Remis
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8 malam.
![Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611715579_TBANDAMANFIRE.jpg)
Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba
Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah berada di tempat kejadian selama tiga malam untuk mengetahui bagaimana kebakaran berlaku.
![Negara Asia paling kecil... apa ada di sini? Negara Asia paling kecil... apa ada di sini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81604123349_Maldives.jpg)
Negara Asia paling kecil... apa ada di sini?
Maldives, sebuah negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya malah ada yang melabel negara itu sebagai syurga dunia dek kerana keindahan, kecantikan alam di sana.