NEW DELHI: Taikun aotomobil terkenal, Anand Mahindra merupakan pengguna tegar di media sosial kerana terkenal dengan ciapannya seperti topik lucu, motivasi dan video yang tular.
Pengerusi Mahindra Group itu mempunyai 10.9 juta pengikut di platform X atau dahulunya dikenali sebagai Twitter.
Baru-baru ini beliau berkongsi satu video menunjukkan dua pemuda berbakat mengubah sofa menjadi sebuah kenderaan ringkas.
Video yang dirakamkan sejak tiga tahun lalu menunjukkan perubahan luar biasa dari sebuah sofa kepada 'kereta sofa' dan boleh dipandu menjadi kereta biasa.
"Satu projek yang menyeronokkan? Ya, tetapi lihatlah semangat dan usaha kejuruteraan yang dilakukan mereka.
"Jika sebuah negara hendak menjadi pengeluar kereta besar-besaran, ia memerlukan ramai pereka 'garaj' seperti mereka...Selamat memandu anak-anak,' menurut ciapan yang dikongsi di X.
Dalam klip video 1 minit 45 saat, dua lelaki itu merakamkan seluruh proses dari membeli sofa dalam kedai atas talian dan mengubah sehingga menjadi kenderaan.
"Stereng dibuat untik mengerakkan kereta sofa ke kiri dan ke kanan. Pemulas kelajuan dan brek direka dengan dua pemegang pada tuil stereng,"menurut penerangan bagaimana kenderaan itu berfungsi.
Seperti Mahindra, pengguna internet turut kagum dengan inovasi dan memuji kreativiti pereka tersebut.
"'Inovasi kereta didorong oleh usaha berterusan jurutera yang bersemangat.
"Kebijaksanaan dan dedikasi di sebalik usaha sedemikian telah mendorong kami untuk maju ke hadapan,"menurut netizen. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Jan 03 2024
Taikun aotomobil terkenal, Anand Mahindra memuji dua pemuda berbakat mengubah sofa menjadi sebuah kenderaan ringkas. - Foto dari video tular
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Anand Mahindra tertarik rekaan kereta sofa
Mahindra memuji kreativiti dua anak muda mereka sofa menjadi kenderaan ringkas boleh dipandu di jalan raya.