BEIJING: Drama ekstradisi yang memburukkan hubungan antara China dan Amerika Syarikat (AS) sudah berakhir selepas Ketua Kewangan Huawei (CFO), Meng Wanzhou akhirnya dibebaskan setelah mencapai perjanjian dengan pendakwa raya di Washington pada Jumaat.
Beberapa jam selepas itu, dua warga Kanada yang diberkas tidak lama selepas penahanan Wanzhou, 49, pada Disember 2018 turut dibebaskan.
Di bawah perjanjian itu, Washington dilaporkan bersetuju dengan keputusan pendakwaan ditangguhkan ke atas Wanzhou berhubung kes penipuan bank yang dihadapinya.
“Beliau mengaku bertanggungjawab atas peranan utamanya dalam melakukan skim untuk menipu institusi kewangan global,” ujar pemangku pendakwa raya di Brooklyn, Nicole Boeckmann sambil menambah AS juga merancang menarik balik permintaan ekstradisi wanita tersebut.
Kesepakatan itu dicapai ketika perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn yang dihadiri Wanzhou secara maya dari Kanada.
Menurut pembantu pendakwa raya AS, David Kessler, Washington akan menggugurkan tuduhan ke atas beliau jika wanita itu mematuhi kandungan perjanjian tersebut yang berakhir pada Disember 2022.
Susulan itu, seorang hakim Kanada menandatangani perintah pembebasannya dan Wanzhou turut mengucapkan terima kasih atas ‘keadilan’ terhadap kes itu yang telah mengakibatkan hidupnya menjadi huru-hara.
Jurucakap syarikat gergasi teknologi di China dalam satu kenyataan enggan mengulas lanjut tentang perkara berkenaan dan hanya mengesahkan anak kepada pengasas Huawei, Ren Zhengfei itu sudah tiba di negara itu setelah menaiki penerbangan pulang ke Shenzhen.
Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudea memaklumkan ahli perniagaan, Michael Spavor dan bekas diplomat, Michael Kovrig sudah dihantar pulang ke Ottawa.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada sekutu dan rakan kami dalam kalangan komuniti antarabangsa yang telah menzahirkan solidariti dengan kami,” ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Sep 25 2021

Wanzhou (tengah) kelihatan gembira ketika sidang media di luar Mahkamah Agung di Vancouver pada Jumaat. - Foto REUTERS/Jennifer Gauthier

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad Twelve 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.

HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China
Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 di China terlebih dahulu.

Siri HUAWEI WATCH GT 5, WATCH Platinum dilancar - alat hebat serlah gaya, kesejahteraan
Direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup manusia yang luas, jam pintar ini membawakan teknologi terkini, reka bentuk bergaya, dan paling utama - ciri-ciri pengurusan kesihatan yang lebih maju.

Malaysia alu-alu kerjasama syarikat telekomunikasi dengan media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.

Huawei umum pelancaran produk baharu 10 September ini
Besar kemungkinan peranti skrin tri-lipat dan siri Mate 70 akan diumumkan pada acara ini.

Huawei perkenal Harmony Intelligence – Sokongan AI yang bakal diintegrasi pada peranti
Harmony Intelligence akan ditawarkan melalui peranti keluaran Huawei, selain disertakan bersama-sama dengan pembantu maya berasaskan input suara, dinamakan Celia.

HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS
HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.

Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.

Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.

Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.